Briged Izzuddin al-Qassam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 12 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1475112
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
|website = [http://www.qassam.ps/ qassam.ps]
}}
'''Briged Izz ad-Din al-Qassam''' (كتائب الشهيد عز الدين القسام; dinamakan bersempena dengan nama [[ Izz ad-Din al-Qassam]], kadang kala diringkaskan kepada '''Briged Al-Qassam''') ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik [[Palestin]], [[Hamas]]. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan [[Yahya Ayash]], matlamat utama kumpulan tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo. Dari 1994 hingga 2000, Briged Izz ad-Din al-Qassam melaksanakan beberapa serangan ke atas tentera dan orang Israel.
 
Pada permulaan Kebangkitan[[Intifada Kedua "Second |Intifada" al-Aqsa]], kumpulan ini menjadi sasaran utama Israel. Kekuatan kumpulan dan keupayaannya bagi melaksanakan serangan rumit dan membawa maut mengejutkan ramai pemerhati. Briged Izz ad-Din al-Qassam mengoperasi beberapa sel di [[Tebing Barat]], tetapi kebanyakannya telah dimusnahkan menjelang 2004 selepas sejumlah besar operasi [[Pasukan Pertahanan Israel]] (IDF) di kawasan tersebut.{{Citation needed|date=November 2009}} Sebaliknya, Hamas mengekalkan kehadiran berkuasa di [[Genting Gaza]], umumnya dianggap sebagai kubu kuatnya.
 
Briged Izz ad-Din al-Qassam disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh [[Kesatuan Eropah]], [[Amerika Syarikat]], [[Australia]] dan [[United Kingdom]].
 
==Nama==
Dari segi [[Bahasa Arab|bahasa]], ''Izz'' bermaksud 'pertolongan', 'ketaatan' atau 'kebanggaan', manakala ''Din'' bermaksud 'agama'. ''Al-Qassam'' boleh diterjemah sebagai 'pemisah'.
 
Dari segi sejarah, Izz ad-Din al-Qassam ialah nama seorang mujahid yang gugur syahid pada 1935 berdekatan Jenin. Al-Qassam dilahirkan di [[Syria]] dan dibuang ke Palestin kerana menentang pendudukan [[Perancis]] di Syria dan [[Lubnan]]. Di Palestin, dia meneruskan perjuangannya dengan menentang pendudukan [[British]] yang telah berjanji untuk menjadikan Palestin sebagai tanah air bangsa [[Orang Yahudi|Yahudi]] yang menyebabkan masyarakat asal Palestin ditindas.
 
==Latar Belakang==
Pada tahun 1984 Syeikh Ahmad Yassin, [[Salah Shehadeh]], Dr. Ibrahim Maqadima dan tokoh-tokoh yang lain bersedia untuk menubuhkan pasukan bersenjata untuk menentang penjajahan. Usaha mereka tertumpu pada mengumpul kekuatan persenjataan untuk aktiviti masa hadapan. Walau bagaimanapun, ahli-ahli kumpulan tersebut ditangkap dan senjata-senjata mereka dirampas. Pada masa itu, kumpulan tersebut belum lagi beroperasi di bawah nama Hamas atau Briged al-Qassam.
 
Pada 1986, Salah Shehadah membentuk satu rangkaian penentangan yang dipanggil ''Al-Mujahidin Al-Falistinin'' (pahlawan Palestin). Rangkaian tersebut mensasarkan pasukan bersenjata penjajah [[Zionisme|Zionis]] dan juga pengkhiant-pengkhianat masyarakat Palestin. Rangkaian ini terus beroperasi sehingga 1989; dan operasi mereka yang paling terkenal adalah penculikan dua tentera penjajah: Ilan Sadoon dan Avi Sasbortas. Di samping itu, Hamas (secara rasminya ditubuhkan pada 14 Disember 1987) membentuk rangkaian-rangkaian lain yang serupa, seperti ''Briged Abdullah Azzam'' dan ''Majd''. ''Majd'' berperanan sebagai cawangan keselamatan menghadapi pengkhianat.
 
Pada pertengahan 1991, Briged Izz ad-Din al-Qassam mula dikenali sebagai sayap ketenteraan Hamas.
 
==Organisasi dan Struktur==
Walaupun bergerak di bawah cita-cita politik dan objektif ideologi Hamas, briged ini mempunyai kebebasan yang tinggi dalam membuat sebarang keputusan.
 
Identiti dan jawatan para pejuang dalam gerakan ini kebiasaannya dirahsiakan sehingga kematian mereka. Semasa bertempur dengan pasukan tentera Zionis, semua pejuang memakai penutup kepala di mana ''headband'' kumpulan tersebut diikat. Jumlah ahli briged ini hanya diketahui oleh oleh kepimpinannya yang mengaplikasikan prinsip kerahsiaan dalam organisasi dan proses rekrut.
 
Organisasi briged ini terdiri daripada rangkaian sel khas yang beroperasi di seluruh Genting Gaza dan Tebing Barat. Setiap sel dalam rangkaian ini bergerak sendiri di bawah arahan kepimpinan briged. Rekrut-rekrut mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat. Syarat-syarat tersebut adalah mempunyai akhlak dan alim dalam agama, berintegriti serta 'istiqamah' atau konsisten dalam perjuangan di samping syarat fizikal dan pendidikan bagi melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, kebiasaannya ahli-ahli baru direkrut daripada pemuda yang rajin menghadiri [[Solat|solat]] [[Solat Subuh|Subuh]] berjemaah di masjid.
 
Dalam peristiwa Intifada Kedua yang meletus pada 2000, lebih 800 ahli yang gugur syahid.
 
== Pautan luar ==