Hulu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafrul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Ia merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri [[Perak]]. Disebelah timur daerah negeri ini, ialah negeri [[Kelatan], manakala diutaranya pula ialah daerah [[Baling]], [[Kedah]]. Di selatan daerah ini ialah daerah [[Kuala Kangsar]]. Bersempadan dengan negera [[Thailand]] disebelah timur laut, daerah ini juga merupakan salah satu pintu masuk diantara [[Malaysia]] dan Thailand. Dibelah barat daya daerah ini ialah daerah [[Larut, Matang dan Selama]].
==Tun Saban==
 
== Sejarah ==
=== Sejarah Pembukaan ===
 
Mengikut catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka '''Hulu Perak''' ialah [[Tun Saban]], anak [[Tun Perak ]](Bendahara Paduka Raja, Orang Besar Istana Sultan Melaka) pada awal kurun keenam belas. Pada tahun 1511, setelah Kerajaan [[Melaka]] jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, [[Portugal|Portugis]] telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kampar dan menubuhkan kerajaannya di sana.
Baris 5 ⟶ 8:
Pada masa itulah [[Tun Saban]] telah berhijrah ke Hulu Patani dan tinggal di satu tempat bernama Beredung Budi; kemudian berpindah ke [[Hutan Belum]], di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di [[Hutan Belum]].
 
==Sultan= PerakTun Saban ===
 
Pada masa itu, [[Negeri Perak]] belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak. Baginda lalu mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran negeri. Pada tahun 1528, [[Raja Muzaffar]] telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Paduka Seri [[Sultan Muzaffar Shah]] ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah.
Baris 13 ⟶ 16:
Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran. Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu. Namun kesahihan ada sebetulnya kerana Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di Kuala Kangsar.
 
=== Penamaan Asal ===
==Peperangan Perak-Reman==
 
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama [[Gerik]] itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua bernama Tok ‘Ad (Tok Sa’ad).
 
Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
 
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali untuk mencari punca bunyi yang ganjil itu.
 
Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (Dekan, nama sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.
 
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit’ itu telah dipakai beberapa lama, tetapi orang-orang yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaannya daripada ` Gerit’ kepada `Grik’, kemudian menjadi `[[Gerik]]’ seperti yang digunakan sekarang.
 
==Asal terbit nama== Kelian Intan ====
 
Pada masa dahulu seorang pembesar Negeri Reman bernama Wan Itam telah membuka kelian (lombong [[bijih timah]]) berhampiran dengan Gunung Paku. Semenjak itulah tempat tersebut dipanggil orang `Kelian Wan Itam’. Lama-kelamaan perkataan `Kelian Wan Itam’ itu telah berubah sebutannya menjadi ` [[Kelian Intan]]’.
 
== Peperangan ==
=== Peperangan Perak-Reman ===
 
Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) adalah bersempadan dengan [[Hulu Perak]]. Raja Reman telah menceroboh masuk ke [[Kelian Intan]] dan mengusahakan lombong bijih timah di sana. Dalam tahun 1826, Sultan Perak telah membuat satu Perjanjian Persahabatan dengan Kompeni Inggeris di [[Pulau Pinang]]. Tidak beberapa lama selepas itu, [[Sultan]] Perak telah menghantar satu pasukan tentera yang kuat diketuai oleh Dato Seri Lela untuk menyerang orang-orang Reman. Oleh kerana serangan tentera Perak itu secara mengejut maka orang-orang Reman dapat dikalahkan. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudiannya, Raja Reman telah dapat menawan semula Kelian Intan dan Kroh.
 
=== Suruhanjaya Campbell ===
 
Daerah Hulu Perak itu sangat luas, iaitu bermula dari Selatan Negeri Petani sampai ke Kuala Temong. Menjelang kurun kesembilan belas, sebahagian besar daripada Daerah Hulu Perak telah termasuk di bawah pemerintahan Negeri Reman.
Baris 23 ⟶ 43:
Dalam tahun 1899, satu Suruhanjaya yang diketuai oleh Tuan Campbell telah dibentuk untuk menyiasat dan menyelesaikan pertikaian sempadan di antara Perak dan Reman. Hasilnya, sempadan kedua-dua negeri itu yang telah ditetapkan di Bukit Nasah dalam tahun 1882 dahulu, telah dipersetujui diganjak sedikit sampai ke Mukim [[Gerik]] dan [[Temenggor]]. Dari semenjak itu, pertikaian di perbatasan Perak - Reman itu pun reda sedikit terutama setelah Kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Reman dalam tahun 1902.
 
=== Perjanjian Inggeris-Siam ===
 
Pada 9 Julai 1909 Kerajaan Siam telah membuat suatu perjanjian dengan Kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Di antara lain-lain syarat dalam perjanjian itu Kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909.
Baris 45 ⟶ 65:
Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
 
=== Perjanjian Perak-Kedah ===
 
Pada 4 Mac 1912 satu perjanjian telah dibuat di antara Kerajaan Perak dengan Kerajaan Kedah. Menurut perjanjian itu, Kerajaan Kedah bersetuju menyerahkan kawasan Belukar Semang dan Tasik kepada Perak. Sebagai balasannya, Kerajaan Perak pula bersetuju membiayai pembinaan jalan raya dari Baling ke Kuala Ketil sejauh 24 batu.
Baris 51 ⟶ 71:
Kawasan yang diserahkan oleh Siam bersama-sama dengan kawasan Belukar Semang dan Tasik oleh Kedah itu dinamakan `Jajahan Baharu’ (The New Territory) dan telah disatukan dengan kawasan lain di Daerah Hulu Perak
 
=== Pentadbir Eropah yang pertama ===
 
Pegawai pentadbir bangsa Eropah yang pertama berkhidmat di Hulu Perak ialah Cerlo Ferdinando Bozzolo, berbangsa Itali. Sebelum bertugas di Hulu Perak, beliau pernah membuka lombong bijih timah di Negeri Patani, tetapi perusahaannya itu tidak maju lalu beliau berhijrah ke Perak.
Baris 57 ⟶ 77:
Dalam tahun 1880, jawatan yang mula-mula disandangnya ialah Merinyu Jalan Raya. Pada 1hb Januari 1881 beliau dilantik menjadi Penguasa Ladang Kerajaan. Oleh kerana beliau pandai bertutur bahasa Siam dan Patani, maka beliau telah dua kali diutuskan ke Negeri Reman bagi merundingkan pertikaian sempadan di antara Perak dengan Reman. Pada 1hb Januari 1888 Bozzolo telah dilantik menjadi Pemungut Cukai dan Hakim Daerah Hulu Perak.
 
== Pusat pentadbiran ==
 
Pada mulanya, Daerah Hulu Perak itu ditadbirkan dari Kuala Kangsar. Pegawai-Pegawai kerajaan hanya datang sesekali ke Kota Tampan dan [[Lenggong]]. Keadaan tersebut berlarutan hingga ke tahun 1886 apabila kerajaan membuka Teluk Janing (sekarang kawasan tersebut di panggil Kuala Kenering) sebagai pusat pentadbiran yang baru. Tempat tersebut terletak di tepi Sungai Perak, lebih kurang 50 batu ke utara Kuala Kangsar.
 
Di Telok Janinglah terletak pejabat-pejabat kerajaan dan lain-lain bangunan yang penting seperti balai polis, pejabat pos, pejabat hutan dan sebagainya. Setelah [[Gerik]] termasuk ke dalam wilayah Hulu Perak (selepas syor dan perakuan Suruhanjaya Campbell 1899) ramai orang-orang [[Melayu]] telah berpindah dan menetap di [[Gerik]].
 
Pada awal tahun 1901, Ibu Pejabat Daerah Hulu Perak telah dipindahkan daripada Telok Janing ke [[Gerik]]. Pekan [[Gerik]] yang asal itu adalah kecil sahaja; rumah-rumah kedai dibuat daripada papan dan beratapkan daun bertam. Kedudukan pekan itu ialah di tempat yang dinamakan Jalan Wan Mat Salleh sekarang. Dengan terbukanya perusahaan melombong bijih timah di [[Temenggor]], Pekan [[Gerik]] telah bertambah maju dan penduduk bertambah ramai.
 
==Asal terbit nama Gerik==
 
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama [[Gerik]] itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua bernama Tok ‘Ad (Tok Sa’ad).
 
Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
 
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali untuk mencari punca bunyi yang ganjil itu.
 
Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (Dekan, nama sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.
 
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit’ itu telah dipakai beberapa lama, tetapi orang-orang yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaannya daripada ` Gerit’ kepada `Grik’, kemudian menjadi `[[Gerik]]’ seperti yang digunakan sekarang.
 
==Asal terbit nama Kelian Intan==
 
{{perak}}