Hulu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafrul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hafrul (bincang | sumb.)
Baris 79:
== Pusat pentadbiran ==
 
Pada mulanya, Daerah Hulu Perak itu ditadbirkan dari Kuala Kangsar. Pegawai-Pegawai kerajaan hanya datang sesekali ke [[Kota Tampan]] dan [[Lenggong]]. Keadaan tersebut berlarutan hingga ke tahun 1886 apabila kerajaan membuka Teluk Janing (sekarang kawasan tersebut di panggil Kuala Kenering) sebagai pusat pentadbiran yang baru. Tempat tersebut terletak di tepi Sungai Perak, lebih kurang 50 batu ke utara Kuala Kangsar.
 
Di Telok Janinglah terletak pejabat-pejabat kerajaan dan lain-lain bangunan yang penting seperti balai polis, pejabat pos, pejabat hutan dan sebagainya. Setelah [[Gerik]] termasuk ke dalam wilayah Hulu Perak (selepas syor dan perakuan Suruhanjaya Campbell 1899) ramai orang-orang [[Melayu]] telah berpindah dan menetap di [[Gerik]].