Briged Izzuddin al-Qassam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 52:
Briged ini mampu bergantung harap pada jumlah besar individu yang menawarkan diri untuk menyertai perjuangan mereka, menyeludup bekalan keperluan dan membekalkan senjata buatan sendiri seperti ''Al-Bana'' dan ''Batar'' (pelancar roket), ''Yasin'' (pelancar roket anti-kereta kebal) dan roket ''Qassam''.
 
Walaupun jumlah sebenar ahli dalam gerakan ini hanya diketahui oleh kepimpinan briged, pada 2011 Israel menganggarkan pasukan ini mempunyai beberapa ratus ahli yang mendapat latihan ala tentera, termasuk di [[Iran]] dan Syria. Tambahan pula, briged ini mempunyai kira-kira 10 000 pakar operasi yang memiliki 'tahap kemahiran dan profesionalisme yang pelbagai', yang juga merupakan ahli pasukan keselamatan, Hamas dan penyokong-penyokongnya. Pakar-pakar operasi ini dijangka akan memperkukuhmemperkukuhkan briged semasa situasi darurat.
 
==Pemimpin-pemimpin yang dibunuh oleh Israel==
Pada 12 Julai 2006, [[Tentera Udara Israel]] (IAF) mengebom sebuah rumah di kejiranan ''Sheikh Radwan'' di bandar Gaza, di mana komander Mohammed Deif, Ahmad Al-Ghandur dan Raid Said mengadakan mesyuarat. Rumah tiga tingkat itu diratakan sepenuhnya, menyebabkan pegawai Hamas Nabil Al-Salmiah, isteri dan lima anak mereka serta dua kanak-kanak lain maut. Dua daripada pimpinan itu mendapat cedera ringan manakala Mohammed Deif mendapat kecederaan tulang belakang yang memerlukan pembedahan empat jam.
 
Pada 1 Januari 2009, [[Nizar Rayan]], seorang pemimpin tertinggi Hamas berperanan sebagai perhubungan antara kepimpinan parti dengan sayap tenteranya, terbunuh dalam serangan oleh Tentera Udara Israel dalam [[Konflik Israel-Gaza 2008-2009|Operation Caste Lead]]. Sebutir bom 2 000 paun digugurkan di rumahnya, menyebabkan kematian keempat-empat isterinya dan sebelas anak mereka.
 
Pada 3 Januari 2009, pesawat Israel menyerang kereta yang dinaiki oleh Abu Zakaria Al-Jamal yang menyebabkannya gugur syahid.
 
Pada 4 Januari 2009, Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh Husam Hamdan dan Muhammad Hilo di [[Khan Yunis]].
 
Pada 15 Januari 2009, Tentera Udara Israel mengebom sebuah rumah di Jabaliya. Serangan tersebut disasarkan kepada Menteri Dalam Negeri Palestin Said Seyam. Selain Said Seyam, komander briged Mohammed Watfa turut terbunuh.
 
Pada 30 Julai 2010, Issa Abdul Hadi Al-Batran terbunuh di kem pelarian Nuseirat akibat akibat serangan udara Israel.
 
Pada 14 November 2012, Tentera Udara Israel mendalangi serangan udara yang membunuh[[Ahmad al-Ja'bari]], ketua Briged al-Qassam. Beliau terbunuh bersama-sama tujuh yang lain dalam permulaan ''Operation Pillar of Defense''.
 
== Pautan luar ==