Briged Izzuddin al-Qassam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Audi Factotum (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 57:
Pada 12 Julai 2006, [[Tentera Udara Israel]] (IAF) mengebom sebuah rumah di kejiranan ''Sheikh Radwan'' di bandar Gaza, di mana komander Mohammed Deif, Ahmad Al-Ghandur dan Raid Said mengadakan mesyuarat. Rumah tiga tingkat itu diratakan sepenuhnya, menyebabkan pegawai Hamas Nabil Al-Salmiah, isteri dan lima anak mereka serta dua kanak-kanak lain maut. Dua daripada pimpinan itu mendapat cedera ringan manakala Mohammed Deif mendapat kecederaan tulang belakang yang memerlukan pembedahan empat jam.
 
Pada 1 Januari 2009, [[Nizar Rayan]], seorang pemimpin tertinggi Hamas berperanan sebagai perhubungan antara kepimpinan parti dengan sayap tenteranya, terbunuh dalam serangan oleh Tentera Udara Israel dalam [[Konflik Israel-Gaza 2008-2009|Operation CasteCast Lead]]. Sebutir bom 2 000 paun digugurkan di rumahnya, menyebabkan kematian keempat-empat isterinya dan sebelas anak mereka.
 
Pada 3 Januari 2009, pesawat Israel menyerang kereta yang dinaiki oleh Abu Zakaria Al-Jamal yang menyebabkannya gugur syahid.