Perbezaan antara semakan "Philip Pullman"

2 bait ditambah ,  13 tahun lalu
Pullman dilahirkan di [[Norwich]] kepada [[Alfred Outram]], [[juruterbang]] [[RAF]], dan [[Audrey Evelyn Merrified]]. Keluarganya pindah-randah mengikut kerja ayahnya, termasuk ke [[Rhodesia Selatan]] (kini [[Zimbabwe]]), di mana beliau menghabiskan masanya di sekolah. Ayahnya terkorban dalam sebuah [[nahas kapal terbang]] pada tahun [[1953]] ketika Pullman berumur tujuh tahun. Ibunya berkahwin semula dan melalui perpindahan ke [[Australia]] datangnya penemuan Pullman terhadap buku-[[buku komik]] (termasuk [[Superman]] dan [[Batman]]), perantara yang didukungnya secara berterusan. Pada tahun [[1957]], beliau menyertai Sekolah [[Ysgol Ardudwy]] yang terletak di bandar [[Harlech]], [[Gwynedd]] dan menghabiskan masanya di [[Norfolk]] bersama-sama datuknya, seorang [[paderi]]. Pada sekitar masa ini, Pullman menemukan [[Paradise Lost]], sebuah novel oleh [[John Milton]], yang kemudian menjadi pengaruh utama untuk triloginya, ''[[Bahan-bahan Tersembunyinya]]'' (''His Dark Materials'').
 
Pada tahun [[1963]], Pullman menyertai [[Kolej Exeter, Oxford]] dan menerima ijazah [[Sarjana Muda Sastera]] (BA) Kelas Ketiga pada tahun [[1968]]. Dalam sebuah [[wawancara]] dengan majalah ''Pelajar Oxford'', beliau mengatakan bahawa beliau "tidak gemar akan kursus [[bahasa Inggeris]]" dan menambah: "Saya berpendapat bahawa saya mencapai keputusan yang baik sehingga saya mendapat ijazah kelas ketiga dan kemudian menyedari bahawa prestasi saya tidak baik &mdash; tahun itu merupakan tahun yang kolej menghentikan pemberian ijazah kelas keempat, kalau tidak saya akan mendapatkannya juga". <ref>http://www.oxfordstudent.com/tt2006wk7/Features/growing_pains</ref> Beliau menemukan ilustrasi-[[ilustrasi]] [[William Blake]] pada sekitar tahun [[1970]] yang kemduankemudian juga amat mempengaruhinya.
 
Pullman berkahwin dengan Judith Speller pada tahun [[1970]] dan mula mengajar [[kanak-kanak]] dan menulis [[drama]] sekolah. Karya pertama yang diterbitkannya ialah ''[[Ribut Berhantu]]'' (''The Haunted Storm'') yang menjadi pemenang bersama "Anugerah Penulis Muda Perpustakaan Inggeris Baru" pada tahun [[1972]]. Bagaimanapun, beliau enggan membincangkannya. ''Galatea'', [[Khayalan|fiksyen khayalan]] [[dewasa]], diterbitkan pada tahun [[1978]] tetapi drama-drama sekolah adalah yang mengilhami novel ''Count Karlstein'', buku kanak-kanaknya yang pertama, yang diterbitkan pada tahun [[1978]]. Pullman menghentikan kerja pengajarannya pada sekitar masa penerbitan ''Batu Delima di dalam Asap'' (''The Ruby in the Smoke''), buku kanak-kanaknya yang kedua yang diterbitkan pada tahun [[1986]]. Latar buku ini yang berdasarkan [[Zaman Victoria]] membayangkan minat Pullman terhadap zaman itu.
In 2005 Pullman was announced as joint winner of the [[Astrid Lindgren Memorial Award]] for children's literature.
--->
 
== Sudut pandangan falsafah dan keagamaan ==
Pullman ialah Penyokong Unggul [[Persatuan Penyokong Humanisme British]] dan Ahli Bersekutu Kehormat [[Persatuan Sekular Nasional]].
Pengguna awanama