Republik China (1912–1949): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Acs4b (bincang | sumb.)
Acs4b (bincang | sumb.)
k rv
Baris 11:
Era [[China]] republik adalah hasil daripada [[Pemberontakan Wuchang]] terhadap [[Dinasti Qing]] yang bermula pada 10 Oktober [[1911]]. Republik China telah diistiharkan pada tarikh [[1 Januari]] [[1912]], dengan [[Sun Yat-sen]] dilantik sebagai [[Presiden Republik China]] pertama. Satu persetujuan dengan [[Yuan Shikai]] untuk memastikan pemerintah China imperial terakhir [[Puyi]] diusir daripada takhta, menjadikan dia dilantik sebagai presiden pada tahun [[1913]]. Akan tetapi, [[Yuan Shikai]] tidak mengotakan janjinya dengan bertindak mengharamkan parti pemerintah KMT dan mengistiharkan dirinya sebagai pemerintah imperial China yang baru.
 
Dalam pada itu, jjjpengikutpengikut Yuan bertindak meniggalkannya, dan ramai provinsi mengistiharkan kemerdekaan mereka dan terjerumus kedalam keadaan kelam-kabut. Yuan Shikai meninggal dunia disebabkan keadaan semulajadi pada tahun [[1916]]. Negara besar China yang pada suatu masanya gagah terus terjerumus kedalam keadaan tidak menentu. Sun Yat-sen, yang dipaksa melarikan diri, kembali ke provinsi [[Guangdong]] dengan bantuan warlord selatan pada tahun [[1917]], dan terus mendirikan pemerintahan saingan. Sun mengadakan semula parti KMT pada bulan Oktober [[1919]].
 
Selepas kematian Sun pada tahun [[1925]], Jeneral [[Chiang Kai-shek]] mengambil alih pucuk kepemimpinan KMT dan, dengan bantuan [[Soviet]], meredakan keadaan kelam-kabut di utara China dan meyatukan negara tercintanya itu. Akan tetapi, Chiang lantas bertindak menghampuskan pengaruh [[komunis]] dan [[golongan bersayap kiri]] dalam parti pimpinannya. Hasil daripada tindakkannya itu, [[Perang Saudara China]] tercetus. Tahun 1930-an merupakan dekad pembangunan di kawasan tahlukan KMT, manakala puak Komunis dipaksa berundur kedalam kawasan yang lebih interior kerana Chiang Kai-shek ingin memusnahkan mereka.