Bencana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 40 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q3839081
Komunikasi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
=='''Bencana'''==
Suatu '''bencana''' merupakan impak suatu [[bahaya semula jadi]] atau [[bahaya buatan manusia|buatan manusia]] yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat atau [[alam semula jadi]].
=== Tsunami ===
 
== Lihat juga ==
* [[Bencana alam]]
* [[Kecemasan]]
 
[[Tsunami]] berasal dari perkataan dalam bahasa [[Jepun]] yang membawa erti ombak pelabuhan. Dalam bahasa Inggeris pula, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak [[pasang surut]]. Gelombang Tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada harta benda sehingga membawa perubahan terhadap pemandangan alam sekitar yang dilanda. Tsunami juga merupakan pergerakan ombak yang cukup pantas dan tidak mampu ditangani, kadang-kadang ombaknya mempunyai ketinggian yang sangat tinggi.
[[Kategori:Bencana |Bencana ]]
 
{{tunas}}
<gallery>
Fail:2004-tsunami.jpg|Diambil di Ao Nang, Krabi Province, Thailand, semasa gempa bumi di [[lautan India]] 2004 dan tsunami di Thailand.
</gallery>
 
 
== Rentetan Sejarah Tsunami di Jepun ==
 
'''21 Julai 365M''' - Merupakan tsunami yang terawal pernah dicatatkan oleh ahli sejarahwan dunia. Ia terjadi di Laut Tengah sebelah timur. Akibat daripada tsunami yang terjadi itu, ribuan orang di Kota [[Iskandariah]], [[Mesir]] telah berkorban.
 
 
'''1 November 175''' - Satu [[gempa bumi]] yang terbesar terjadi di [[Lautan Atlantik]] berdekatan pantai [[Lisbon]] ibu kota [[Portugal]]. Gelombang ombak lautan atlantik yang mencapai ketingggian 6 meter itu telah memusnahkan pantai-pantai di Portugal, [[Sepanyol]] dan [[Morocco]]. Para saintis telah menganggarkan gempa bumi tersebut adalah lebih kurang 9.0 [[skala richter]]. Sejumlah 60,000 dan 100,000 penduduk telah mati dalam kejadian tsunami yang cukup besar itu. Kejadian tsunami yang berlaku di pantai Lisbon ini dikatakan merupakan kejdian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami berlaku.
 
 
'''27 Ogos 1883''' - Apabila disebut [[gunung berapi]] Krakatua pasti ramai yang mengetahui bahawa gunung berapi ini salah satu gunung berapi yang sangat aktif di [[indonesia]]. Letupan gunung berapi Krakatua merupakan [[bencana alam]] yang sangat hebat pernah direkodkan dalam sejarah. 26 Ogos 1883 gunung berapi Krakatua telah meletus. Akibat daripada letupan ini menyebabkann pulau yang berdekatan seperti pantai-pantai [[Jawa]] dan [[Sumatera]] musnah dan tenggelam ke dasar laut. Apabila gunung berapi itu meletus ia telah menyebabkan beberapa ombak tsunami yang besar terjadi sehingga mencapai ketinggian 40 meter daripada paras laut.
 
 
'''15 Jun 1986''' - "Tsunami Sanriku" merupakan tsunami yang tidak dijangka kerana gempa bumi yang kecil terjadi, namun ia telah mencetuskan tsunami di bandar Sanriku. Gempa bumi yang berukuran 7.2 skala richter telah terjadi di pinggir laut berdekatan bandar Sanriku, [[Jepun]]. Kejadian gempa bumi ini telah mencetuskan kejadian tsunami yang mencapai ketinggian ombak setinggi 25 meter (80 kaki). Tsunami yang melanda itu telah mengakibatkan 26,000 orang mati. Korban yang banyak dicatatkan kerana semasa tsunami itu berlaku, di bandar tersebut sedang merayakan perayaan keagamaan. Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku kerana semasa gempa bumi berlaku hanya gegaran yang lemah dan satu goncangan yang perlahan terjadi. Gegaran itu hanya berlaku selama 5 minit tetapi sesuatu yang dasyat telah berlaku selepas 35 minit berlaku gegaran tersebut iaitu tsunami yang besar telah melanda sehingga kepantai Sanriku.
 
 
'''17 Disember 1896''' - Tsunami telah melanda di Santa Barbara, [[California]], [[Amerika Syarikat]]. Tsunami ini telah mengakibatkan beberapa jalan raya yang utama di kawasan Santa Barbara tidak dapat digunakan beberapa hari kerana di landa banjir.
 
 
'''31 Januari 1906''' - Gempa bumi sekuat 8.8 pada skala richter telah berlaku di lautan [[Pasifik]] telah mengakibatkan tsunami berlaku di [[Colombia]]. Akibat daripada Tsunami ini menyebabkan sebahagian daripada kota Tomaco, Columbia dihancurkan, begitu juga seluruh rumah di persisir pantai yang terletak di antara Rioverde di [[Ecuador]] yang turut musnah akibat kejadian tsunami tersebut. Tsunami ini turut dirasai persisir pantai barat Jepun. Dianggarkan seramai 1500 orang telah terkorban akibat daripada kejadian tsunami itu.
 
 
'''1 April 1946''' - Gempa bumi yang terjadi di [[Kepulauan Aleut]] telah mengakibatkan gelombang tsunami berlaku yang memusnahkan Scotch Cap Lighthouse. Tsunami ini juga bergerak melanda sehingga ke Hilo, Hawai. Tsunami yang melanda ini telah mengorbankan 159 nyawa. Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan harta benda. Bencana tsunami yang terjadi ini mendorong pembentukan sistem peringatan Gelombang Laut Seismik yang kemudiannya menjadi pusat Peringatan Tsunami Pasifik pada tahun 1949.
 
 
'''15 Ogos 1950''' - Tsunami telah berlaku di [[Tibet]] mengakibatkan sebanyak 2,000 rumah, kuil dan masjid musnah akibat gegaran kuat pada ukuran 8.6 skala richter. Gegaran terkuat di Lembangan Brahmaputra di timur laut [[India]] itu telah mengorbankan 1,500 orang.
 
 
'''4 November 1952''' - Gempa bumi berkurang 9.0 skala richter yang berlaku di [[Rusia]] ini telah menghasilkan tsunami di Rusia dan juga sampai Kepulauan Hawai. Tsunami tidak mengorbankan nyawa, hanya kemusnahan harta benda yang dilaporkan berlaku.
 
 
'''19 Mac 1957''' - Gempa bumi berukuran 8.6 skala richter telah menggegarkan Pulau Andreanof. Gunung Vsevidof di Pulau Umnat telah meletus selepas terpendam selama 200 tahun. Kesan daripada gegaran tersebut telah menyebabkan tsunami setinggi 15 meter berlaku.
 
 
'''22 Mei 1960''' - Gempa Bumi yang paling besar pernah direkodkan yang berukuran 9.5 skala richter di selatan perairan [[Chile]]. Ombak-ombak tsunami yang melanda itu telah merebak bukan sahaja di Chile tetapi juga sepanjang lautan Pasifik selepas 15 jam berlalu gempa bumi itu. Omabak tsunami setinggi 30 kaki turut melanda Hilo, Pulau Hawai yang mengorbandkan 61 nyawa. Manakala di Jepun ombak tsunami setinggi 10 kaki telah melanda di sepanjang pantau Jepun dan juga turut melanda di Marquesas, [[Samoa]] dan di [[New Zealand]].
 
 
'''28 Mac 1964''' - Tsunami telah melanda di [[Amerika Utara]] yang dikenali sebagai Good Friday Tsunami khususnya di [[Alaska]]. Pada ketika itu, [[Amerika Syarikat]] telah mengalami gempa bumi yang dasyat berdekatan Fjird Kolej di Prince William Sound pantai Alaska yang berukuran 9.2 skala richter. Kemudiannya tsunami telah bergerak ke Selatan sepanjang pantai barat yang memberi kesan di kawasan [[British Columbia]], [[Kanada]]. Pantai utama dan Pulau Vancouver telah terjejas dimana rumah-rumah kelihatan telah dihanyutkan keluar ke laut. Kesan kemusnahan juga dapat dirasakan di bandar Crescent, [[California]] dimana 11 orang telah kehilangan nyawa mereka.
 
 
'''4 Februari 1965''' - Satu gempa bumi pada ukuran 8.7 skala richter telah berlaku di Alaska. Gempa bumi ini menghasilkan tsunami setinggi 10.7 meter di Pulau Shemya, Alaska.
 
 
'''16 ogos 1976''' - Gempa bumi berukuran kira-kira 7.6 skala richter telah berlaku pada waktu tengah malam yang mengegarkan Teluk Moro beberapa batu jaraknya dari pantai kepulauan [[Filipina]] di Midanoo. Tsunami yang besar itu telah melanda kira 700 km persisir pantai bersempadan Teluk Moro di Utara laut Celebes, akibatnya menyebabkan kemusnahan dan kematian penduduk di kawasan pantai [[kepulauan Sulu]] dan Selatan Midanoa, termasuk Bandar Zamboanga dan Bandar Pagadian.
 
 
'''17 Julai 1998''' - Gempa bumi berukuran 7.1 richter telah terjadi kira-kira 15 batu dari pantai Utara [[Papua New Guinea]],satu pulau yang terletak di pantai Pasifik Selatan- Barat iaitu sebelah selatan [[Indonesia]] dan utara negara Australia. Susulan daripada gempa bumi, ombak tsunami setinggi 12 meter telah melanda pantai Papua New Guinea dalam masa 10 minit yang memusnahkan kawasan perkampungan Arop dan Warapu.
 
 
'''26 Disember 2004''' - Gempa bumi yang menghasilkan tsunami yang banyak mengorbankan nyawa sekali lagi berlaku. Tsunami ini berlaku akibat daripada gempa bumi yang berukuran 9.0 skala richter telah terjadi di bawah lautan Hindi berhampiran dengan [[Pulau Sumatera]], Indonesia. Tsunami yang melanda ini telah mengakibatkan kematian lebih kurang 226,000 orang dalam 12 buah negara (Indonesia, India Sri Langka, [[Thailand]], [[Malaysia]], [[Maldives]], Myammar, [[Bangladesh]], [[Kepulauan Andaman]] dan Nicobar, [[Maldives]], [[Seychelles]], [[Somalia]], [[Tanzania]] dan [[Kenya]]. Negara yang paling teruk di musnahkan ialah Indonesia yang mana paling terdekat dangan tempat utama kejadian. Indonesia telah kehilangan lebih 100,000 nyawa dengan hampir keseluruhannya adalah kawasan Aceh.
 
 
'''28 Mac 2005''' - Gegaran pada ukuran 8.7 pada skala richter telah berlaku di Sumatera. Kebanyakan yang terkorban adalah penduduk yang tinggal di Pulau Nias, barat pantai Sumatera.
 
 
'''2006''' - Gempa bumi yang menyebabkan tsunami di selatan [[Pulau Jawa]], Indonesia dengan Ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa di kawasan itu.
 
 
'''27 Februari 2010''' - Tsunami telah melanda Chile hasil daripada gegaran berukuran 8.8 skala richter yang menyebabkan lebih kurang 500 nyawa terbunuh dan kerugian harta benda dianggarkan sebanyak RM 91.21 bilion.
 
 
'''2010''' - Akibat daripada letusan gunung berapi di Gunung Merapi, Kepulauan Mentawai menyebabkan tsunami sekali lagi terjadi di Indonesia. Tsunami yang melanda ini mengakibatkan seramai 446 nyawa di laporkan mati.
 
 
'''11 Mac 2011''' - Gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter dengan kedalaman 24km dari [[Sendai]] telah melanda Jepun yang menyebabkan ramai yang terkorban dan kemusnahan harta benda yang cukup banyak. Gempa bumi itu menghasilkan tsunami setinggi setinggi 10 meter dan paras air laut naik di kepulauan Pasifik.
 
 
== Proses Tsunami ==
 
<gallery>
Fail:Eq-gen1.svg|Drawing of tectonic plate boundary before Earthquake.
Fail:Eq-gen2.svg|Overriding plate bulges under strain, causing tectonic uplift.
Fail:Eq-gen3.svg|Plate slips, causing subsidence and releasing energy into water.
Fail:Eq-gen4.svg|The energy released produces tsunami waves.
</gallery>
 
=== Bagaimana Gempa Bumi Mempengaruhi Fenomena Tsunami ===
 
Bencana alam Tsunami biasanya dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan mengakibabkan perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan laut dan menghasilkan ombak tsunami yang besar.
 
 
Tsunami boleh terbentuk dimana-mana sahaja didunia ini samaada di lautan, laut pendalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samaada kecil atau besar. Kebanyakkan tsunami tercetus di lautan Pasifik yang meliputi 1/3 daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lautan dalam dan lekungan pulau yang dikenali sebagai likaran berapi dimana kebanyakkan gempa bumi terjadi disitu.
 
<gallery>
Fail:Shallow_water_wave.gif|Gelombang pada permukaan air.
</gallery>