Kerispatih: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
baiki
baiki
Baris 17:
 
== Biografi ==
Kerispatih ditubuhkan pada tarikh [[21 April]] 2003 atas usaha [[4 (angkanombor)|4]] orang [[pelajar kolej]] Institut Pemuzik Indonesia, Arief, Badai, Andika, dan Anton. Mula-mula mereka menubuhkan ''kumpulan'' bertemakan [[instrumental]] [[etnik]], yang mereka karang dalam aransemen baharu. Kemunculan pertama mereka adalah di acara ''Farabi Sunday'' tarikh [[22 April]] 2003. Mereka merekrut Sammy, rakan mereka di kampus, yang merupakan salah satu finalis [[30 (angkanombor)|30]] besar [[Indonesian Idol Musim Pertama|Indonesian Idol I/2004]], sebagai [[vokalis]].<br />
 
Sebelum Kerispatih terbentuk, Badai juga pernah membuat album C4U dan bersama melayani di band rohani Joyfull Ministry bersama: Robert Ludji (Keyboard synthesizer & Electric Guitar) Yohanes Setiabudi (Bass), Ongen Ririhena (Drum) & Eric Bastian (Keyboard)Badai (Lead Keyboard). Band joyfull sering melakukan misi perjalanan ke beberapa bandar di Indonesia dalam era akhir 1999 sehingga 2001
 
Kerjaya profesional mereka jalani selepas menubuh [[pengurusan]] ''band'',yang pada ketika itu diatur oleh Ingga Jaya Purda. Kini Kerispatih bergabung dengan pengurusan ''[[Bagot’z Production]]''. Kerispatih memulakan rakaman pada tahun [[2004]]. Mereka bergabung dalam projek album himpunan bertajuk ''Gulalikustik'' (dikeluarkan pada September 2004), dengan label utama [[Nagaswara]]. Penyertaan mereka dalam album ini bermula dari acara yang diadakan oleh salah satu stesen radio Indonesia iaitu (88.00 Mustang FM) yang bernama ''Gulali (Lagu Gue Cendili)'' pihak Mustang menawarkan Kerispatih dalam projek kolabirasi tersebut. Dalam album tersebut mereka menyumbang [[2 (angkanombor)|2]] buah [[lagu]], "Lupakan Aku" dan "Sebentuk Hati buat Kekasih".<br />
Tahun [[2005]], Kerispatih mengeluarkan album pertama mereka bertajuk ''[[Kejujuran Hati]]''. Lagu yang dikeluarkan dalam album ini diantaranya : "Kejujuran Hati", "Cinta Putih", dan "Lagu Rindu". Album ini mendapat Platinum Awards pada tahun [[2006]]. Kejayaan mereka dibuktikan pula dengan mendapat anugerah sebagai Album Pendatang Baharu Popular dalam acara [[SCTV Music Awards]] 2006.<ref>[http://www.kapanlagi.com/h/0000117564.html SCTV Music Award 2006 Garing], [[KapanLagi.com]], diakses [[2 Februari]] [[2008]]</ref><br />
Pada tahun [[2007]], Kerispatih mengeluarkan album keduanya yang berjudul ''[[Kenyataan Perasaan]]'', dan mengeluarkan lagu pertamanya dalam album ini yang berjudul "Mengenangmu", dan menguasai carta [[Indonesia]] dan [[radio]]. Selepas kejayaan "Mengenangmu", Kerispatih mengeluarkan lagu kedua yang berjudul "Tapi Bukan Aku" yang sesuai prediksi akan mengulang kejayaan "Mengenangmu". Kemudian mereka mengeluarkan lagu ketiga yang berjudul "Sepanjang Usia" dengan "Untuk Pertama Kali" sebagai lagu keempatnya. Seperti album pertama mereka, album ini berjaya mendapat Platinum Awards pada tahun 2007 pula.<br />
Baris 29:
 
Kini Sammy sudah dipecat dari Kerispatih kerana kes dadah.
 
== Diskografi ==
* ''Gulalikustik'' (2004) - kompilasi