Zulkifeli Mohd. Zin: Perbezaan antara semakan

Pegawai tentera Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kucingbiru13 (bincang | sumb.)
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:01, 18 Mac 2013

Jeneral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin (lahir pada Jun 14, 1954 di Pasir Mas) adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia.[1]

Zulkifeli Mohd. Zin
Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Memegang jawatan
15 June 2011
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim
Didahului olehJeneral Azizan Ariffin
Malaysian Army Commander
Dalam jawatan
21 May 2010 – 14 June 2011
Didahului olehGeneral Muhammad Ismail Jamaluddin
Digantikan olehGeneral Zulkifli Zainal Abidin
Butiran peribadi
Lahir (1954-06-14) 14 Jun 1954 (umur 69)
Pasir Mas, Kelantan, Federation of Malaya
KerakyatanMalaysia
PasanganUmi Kalsom Wan Awang
Alma materSandhurst Military Academy
PekerjaanSoldier
AnugerahGrand Commander of the Armed Forces
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Headquarters
Tahun perkhidmatan1974 - now
PangkatGeneral
PerkhidmatanAll unit
MissionIMT Mission - Mindanao

Latar Belakang Pendidikan

Mempunyai Sarjana Sains dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Menamatkan latihan kadet tentera di Akademi Tentera Sandhurst England pada 1974 dan telah mendapat pangkat Leftenan Muda di Rejimen kedia Askar Melayu Di Raja. Beliau menjadi ketua Platoon pada 9 Ogos 1974.

Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Staf Angkatan Tentera dan Kolej Pertahanan Angkatan Tentera.

Kerjaya

Sepanjang kerjayanya di dalam ketenteraan, beliau telah memikul pelbagai tanggungjawab dari Ketua Platoon kepada Pegawai Pemerintah.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai staf di Markas Tentera Darat dan pusat latihan. Ini termasuk menjadi Ketua Staf di Markas Tentera darat dan juga trick trainer di pusat latihan tentera darat Johor Bahru. Diantara tahun 1999 dan 2000, beliau telah menjadi pengarah Infantry di Markas Tentera Darat.

Semasa memakai pangkat Kolonel, beliau pernah bertugas sebagai Komandan Pusat Latihan Tentera Darat dan Kolonel Bekalan di Markas Tentera Darat.

Beliau juga telah dinaikkan pangkat kepada Brigadier Jeneral pada tahun 2002 dan telah memegang jawatan sebagai Penolong Komander untuk Pasukan Askar Simpanan Wataniah. Beliau juga telah menjadi pegawai kepada Brigad Infantry ke 8 di Kelantan pada tahun 2003 ke 2004. Beliau seterusnya telah diberi kepercayaan yang tinggi oleh pihak pemerintah Angkatan Tentera untuk mengetuai International Monitering Team Mission'- di Mindanao sebagai Komander pasukan pemantau pada 9 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.

Selepas itu beliau telah menjadi Komander untuk Infantry Division dari 17 Oktober 2005 kepada 31 Januari 2007. Beliau juga merupakan seorang Panglima Medan pada 2 Januari 2007 hingga 1 Jun 2008.


Sebagai seorang ketua yang berdedikasi, beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Komander Tentera Darat pada 2 Jun 2008. Bertugas sehingga 20 Mei 2010 dimana beliau telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera.


Pada 15 Jun 2011, beliau telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang baru.[2]

Penghargaan

Sebagai penghargaan di Mindanao, beliau telah menerima anugerah kebesaran dari Filipina.

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dari pelbagai negara.

Keluarga

Beliau telah berkahwin denga Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Rujukan

  1. ^ "Panglima Angkatan Tentera Malaysia" (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Nizam, Yatim (14 June 2011). "Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)