Al-Walid bin Abdul Malik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Al-Walid ibn Abd al-Malik''' atau '''Al-Walid I''' ([[668]]-[[715]]) ialah anak kepada [[Khalifah Abdul Malik b. Marwan]]. Beliau menggantikan bapanya untuk menjadi Khalifah [[Bani Umayyah]] yang keenam. Beliau terus mengembangkan empayar [[Islam]] dan meneruskan polisi ayahnya untuk menyebarkan ajaran Islam. Di samping itu, beliau ialah seorang pemerintah yang cekap dan berkesan.
 
Sebelum MarwanAl-Walid b. Abdul Malik dilantik menjadi Khalifah terjadi perebutan tampok pemerintahan antara bapa saudaranya Abdul Aziz. Perebutan ini berakhir apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian bapanya, [[Abdul Malik b. Marwan]]. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya MarwanAl-Walid b. Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya memandangkan Al-Walid ialah anak sulung Khalifah Abdul Malik.
 
Seperti ayahnya, Khalifah Al-Walid terus membiarkan [[Al-Hajjaj bin Yusuf]] menjadi Gabenor [[Iraq]] dan berkuasa di sana. Al-Walid meneruskan sistem pemerintahan ayahnya dengan membina satu sistem kebajikan di samping membina hospital-hospital dan institusi pendidikan. Beliau juga amat meminati bidang kesenian dan mengambil langkah untuk memajukan bidang ini. Al-Walid juga meminati bidang seni bina dan beliau juga terlibat dalam usaha membaiki dan mempercantikkan [[Masjid an-Nabawi]] di [[Madinah]]. Tambahan pula, beliau membeli Gereja "Christian Basilica of St. John the Baptist" dan mengubahnya menjadi sebuah masjid iaitu [[Masjid Ummayyah]] (''St. John the Baptist ialah [[Nabi Yahaya a.s.]]''). Al-Walid juga membina sebuah angkatan laut yang kuat dan memperkuatkan lagi angkatan tentera.