William Leong Jee Keen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 46:
William Leong menyertai Parti Keadilan Rakyat pada Mac 2007 dan dilantik sebagai Bendahari Agung KEADILAN. Dalam PRU-12 pada tahun 2008, William bertanding di kawasan Parlimen Selayang dan mencapai kemenangan untuk kerusi tersebut,beliau mengalahkan calon dari [[Barisan Nasional]], Lee Li Yew dengan majoriti sebanyak 3,567 undi. Beliau memperolehi 30,701 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 27,134 undi.. William turut dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
 
=Ini Kalilah! Ayuh Rakyat Bangkit Bersama!=
== Pautan luar ==
 
* [http://wileong.org/ Laman blog]
Sebagai seorang peguam yang terkenal dan mempunyai pengalaman selama dua puluh tahun, mengapakah William memilih untuk menceburkan diri dalam bidang politik? Apabila berhadapan dengan soalan yang sering ditanyakan ini, William menjawab: “Saya membuat keputusan ini kerana nasib penduduk berbilang bangsa malaysia telah dipermainkan oleh pemimpin Barisan Nasional selama ini. Rakyat Malaysia harus bangkit dan memperjuangkan hak sendiri, sekaligus menyelamatkan negara kami sendiri!”
 
Menurut William, beliau telah lama menyedari tentang kerakusan kuasa dan rasuah yang parah di bawah rejim BN. Namun atas faktor keselamatan dan kerisauan terhadap penjejasan perniagaan mereka serta tarikan balik pinjaman yang diperoleh, kebanyakan warga masyarakat memilih untuk mendiamkan diri. Sebaliknya, mereka hanya akan menasihati anak mereka supaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan jangan balik ke negara asal mereka yang tercinta ini.
 
“Sehingga tahun 2006, selepas anak saya menghabiskan pelajaran di Tingkatan 5, dia tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Sebagai ibu bapa, saya hanya boleh menghantar anak saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan terpaksa menanggung kos pembelajaran dan kos kehidupan yang mahal. Saya cuma seorang peguam biasa tetapi bukan seorang jutawan. Seandainya saya pun menghadapi kesukaran untuk membiayai kos tersebut, apatah lagi ibu bapa yang lain? Disebabkan dasar kerajaan yang tidak adil, ramai pelajar yang mencapai keputusan cemerlang tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dan terpaksa meneruskan kehidupan yang miskin. Ramai anak-anak muda yang terpaksa bekerja sebagai jurujual atau menglibatkan diri dalam pamasaran langsung(direct marketing).”
 
Menurutnya, bagi seorang penjaja, dia memerlukan lessen untuk menjalankan perniagaan. Tanpa memberi rasuah, seseorang itu sukar memperoleh lesen dan seseorang itu akan disaman semasa membuka gerai. Padahal mereka bukan nak jadi kaya raya, tetapi cuma nak menjana pendapatan bagi menyara kehidupan. Sebaliknya, kebanyakan lesen diberi kepada kroni-kroni UMNO, di mana mereka hanya perlu membayar lima puluh ringgit setiap bulan. Megapakah lesen tersebut tidak diagihkan secara adil kepada kaum lain?”
 
Selain itu, penduduk Melayu di dalam negara telah ditipu oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak orang Melayu. Apa yang diperjuangkan hanyalah kepentingan kroni-kroni mereka sahaja. Hakikatnya, kebanyakan penduduk Melayu masih hidup dalam keadaan yang miskin tetapi hanya UMNO dan Barisan Nasional serta kroni mereka yang dimanfaatkan.
 
Pada tahun 2007, William Leong membuat keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas menghadiri satu forum perbincangan bersama Dato’ Seri Anwar Ibraim.
 
 
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]