William Leong Jee Keen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 74:
 
William mempunyai tiga orang anak di mana anak sulungnya sedang melanjutkan pelajaran di Singapura. Dengan penglibatannya dalam politik, dua orang anak yang masing-masing berusia 19 tahun dan 14 tahun pun berpeluang untuk didedahkan kepada keadaan politik di dalam negara. William amat berbesar hati dengan anaknya yang berani menyuarakan pandangan mereka terhadap pelbagai isu di dalam negara.
 
=William Leong:Kami Tiada Pilihan Lain=
William Leong turut menghadiri himpunan BERSIH dan Himpunan Hijau yang telah diadakan. Apabila ditanya tentang Himpunan BERSIH 3.0 yang sedang dirancang, William berpendapat bahawa “kami tiada pilihan lain”.
 
“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tidak efisien dalam memperbaiki sistem pilihan raya yang sedia ada. Walaupun Najib sering melaungkan slogan Transformasi, tetapi adalah nyata bahawa perubahan tidak akan dilakukan sebelum PRU13 ini. Tanpa sistem pilihan raya yang adil dan bersih, keputusan pilihan raya akan berbeza dengan pilihan rakyat jelata.”
 
Apabila ditanya tentang persediaan dalam pilihan raya yang akan datang, William berpendapat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia. “KEADILAN telah membuat persediaan semenjak satu tahun yang lalu. Bagi Kawasan Parlimen Selayang, jentera pilihan raya telah ditubuhkan dan sedang bergerak secara rancak. Biarpun pilihan raya diadakan esok pun, kami telah bersedia.”
 
“Tsunami politik 308 telah meningkatkan kesedaran politik kebanyakan masyarakat Malaysia. Kini, semua orang telah bersedia untuk pertarungan sengit dalam pilihan raya akan datang dan saya yakin bahawa rakyat sudah bersedia.”