William Leong Jee Keen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
k Membalikkan suntingan oleh 49.124.255.132 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Aurora
Baris 44:
== Politik ==
 
WilliamDalam Leong[[Pilihan menyertaiRaya PartiUmum Keadilan Rakyat pada Mac 2007 dan dilantik sebagai Bendahari Agung KEADILAN. Dalam PRU-12 pada tahunMalaysia 2008,]] William bertanding di kawasan Parlimen Selayang dan mencapai kemenangan untuk kerusi tersebut,beliau mengalahkan calon dari [[Barisan Nasional]], Lee Li Yew dengan majoriti sebanyak 3,567 undi. Beliau memperolehi 30,701 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 27,134 undi.. William turut dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
 
=Ini Kalilah! Ayuh Rakyat Bangkit Bersama!=
 
Sebagai seorang peguam yang terkenal dan mempunyai pengalaman selama dua puluh tahun, mengapakah William memilih untuk menceburkan diri dalam bidang politik? Apabila berhadapan dengan soalan yang sering ditanyakan ini, William menjawab: “Saya membuat keputusan ini kerana nasib penduduk berbilang bangsa malaysia telah dipermainkan oleh pemimpin Barisan Nasional selama ini. Rakyat Malaysia harus bangkit dan memperjuangkan hak sendiri, sekaligus menyelamatkan negara kami sendiri!”
 
Menurut William, beliau telah lama menyedari tentang kerakusan kuasa dan rasuah yang parah di bawah rejim BN. Namun atas faktor keselamatan dan kerisauan terhadap penjejasan perniagaan mereka serta tarikan balik pinjaman yang diperoleh, kebanyakan warga masyarakat memilih untuk mendiamkan diri. Sebaliknya, mereka hanya akan menasihati anak mereka supaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan jangan balik ke negara asal mereka yang tercinta ini.
 
“Sehingga tahun 2006, selepas anak saya menghabiskan pelajaran di Tingkatan 5, dia tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Sebagai ibu bapa, saya hanya boleh menghantar anak saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan terpaksa menanggung kos pembelajaran dan kos kehidupan yang mahal. Saya cuma seorang peguam biasa tetapi bukan seorang jutawan. Seandainya saya pun menghadapi kesukaran untuk membiayai kos tersebut, apatah lagi ibu bapa yang lain? Disebabkan dasar kerajaan yang tidak adil, ramai pelajar yang mencapai keputusan cemerlang tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dan terpaksa meneruskan kehidupan yang miskin. Ramai anak-anak muda yang terpaksa bekerja sebagai jurujual atau menglibatkan diri dalam pamasaran langsung(direct marketing).”
 
Menurutnya, bagi seorang penjaja, dia memerlukan lessen untuk menjalankan perniagaan. Tanpa memberi rasuah, seseorang itu sukar memperoleh lesen dan seseorang itu akan disaman semasa membuka gerai. Padahal mereka bukan nak jadi kaya raya, tetapi cuma nak menjana pendapatan bagi menyara kehidupan. Sebaliknya, kebanyakan lesen diberi kepada kroni-kroni UMNO, di mana mereka hanya perlu membayar lima puluh ringgit setiap bulan. Megapakah lesen tersebut tidak diagihkan secara adil kepada kaum lain?”
 
Selain itu, penduduk Melayu di dalam negara telah ditipu oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak orang Melayu. Apa yang diperjuangkan hanyalah kepentingan kroni-kroni mereka sahaja. Hakikatnya, kebanyakan penduduk Melayu masih hidup dalam keadaan yang miskin tetapi hanya UMNO dan Barisan Nasional serta kroni mereka yang dimanfaatkan.
 
Pada tahun 2007, William Leong membuat keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas menghadiri satu forum perbincangan bersama Dato’ Seri Anwar Ibraim.
 
== Pautan luar ==
* [http://wileong.org/ Laman blog]
 
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
Baris 66 ⟶ 54:
[[en:William Leong Jee Keen]]
[[zh:梁自坚]]
 
 
=Bantahan dari Ahli Keluarga=
Pada peringkat awal selepas menyertai perjuangan REFORMASI ini, bantahan ahli keluarga William merupakan faktor utama yang menjadi halangan beliau. “Sebelum tahun 2008, kebanyakan ahli masyarakat mengharapkan agar perubahan akan berlaku tetapi mereka tidak membenarkan ahli keluarga mereka terlibat dalam perjuangan tersebut. Keadaan memang amat merbahaya jika hanya saya seorang sahaja yang mengambil bahagian tetapi kami boleh melihat keadaan sekarang di mana berpuluh ribu rakyat yang bangkit dan berjuang bersama kami. Adalah mustahil bagi pihak kerajaan untuk menangkap kami semua.”
 
Walaupun dibantah ahli keluarga, William tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menglibatkan diri dalam perjuangan REFORMASI ini. Azamnya yang kuat akhirnya berjaya mengubah pemikiran isteri William dan setuju dengan keputusannya. Kini, William tidak lagi bersendirian dalam perjuangannya. Selain memberi sokongan penuh terhadap apa yang dilakukan, isteri dan anaknya turut terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan.
 
William mempunyai tiga orang anak di mana anak sulungnya sedang melanjutkan pelajaran di Singapura. Dengan penglibatannya dalam politik, dua orang anak yang masing-masing berusia 19 tahun dan 14 tahun pun berpeluang untuk didedahkan kepada keadaan politik di dalam negara. William amat berbesar hati dengan anaknya yang berani menyuarakan pandangan mereka terhadap pelbagai isu di dalam negara.
 
=William Leong:Kami Tiada Pilihan Lain=
William Leong turut menghadiri himpunan BERSIH dan Himpunan Hijau yang telah diadakan. Apabila ditanya tentang Himpunan BERSIH 3.0 yang sedang dirancang, William berpendapat bahawa “kami tiada pilihan lain”.
 
“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tidak efisien dalam memperbaiki sistem pilihan raya yang sedia ada. Walaupun Najib sering melaungkan slogan Transformasi, tetapi adalah nyata bahawa perubahan tidak akan dilakukan sebelum PRU13 ini. Tanpa sistem pilihan raya yang adil dan bersih, keputusan pilihan raya akan berbeza dengan pilihan rakyat jelata.”
 
Apabila ditanya tentang persediaan dalam pilihan raya yang akan datang, William berpendapat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia. “KEADILAN telah membuat persediaan semenjak satu tahun yang lalu. Bagi Kawasan Parlimen Selayang, jentera pilihan raya telah ditubuhkan dan sedang bergerak secara rancak. Biarpun pilihan raya diadakan esok pun, kami telah bersedia.”
 
“Tsunami politik 308 telah meningkatkan kesedaran politik kebanyakan masyarakat Malaysia. Kini, semua orang telah bersedia untuk pertarungan sengit dalam pilihan raya akan datang dan saya yakin bahawa rakyat sudah bersedia.”