Lingkungan suara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara [[penyanyi]]-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota [[muzik]].
 
Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ianya bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang [[penyanyi]] [[opera]] [[lelaki]], penggunaan pic [[falseto]] tidak boleh diambil kira kerana ianya tidak digunakan di dalam nyanyian [[opera]]. [[Penyanyi ]] “doo-wop” [[lelaki]] dan juga [[penyanyi]] [[koir]] [[lelaki]] pula menggunakan banyak pic [[falseto]], oleh itu penggunaan nada tinggi melalui [[falseto]] ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.
 
Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang [[penyanyi]] [[lelaki ]] mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam [[falseto]].
 
Untuk [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]] pula, kita boleh berkata bahawa [[penyanyi]] tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari bidang [[muzik klasikal]], begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.
 
==Lingkungan suara dalam muzik klasikal==
Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam [[muzik klasikal]] ([[opera]]). Di dalam [[opera]], dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi [[muzik]] [[orkestra]] (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama [[lelaki]] dan [[perempuan|wanita]]). Oleh sebab ini, lingkungan suara [[penyanyi]] [[lelaki]] [[opera]] ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh tanpa penggunaan [[falseto]], yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-[[penyanyi]] [[lelaki]] genre lain.
 
Pertimbangan untuk lingkungan suara [[penyanyi]] [[opera]] [[perempuan|wanita]] pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi [[perempuan|wanita]] yang memiliki suara yang paling tinggi ([[penyanyi]] [[soprano]]) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ianya sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara [[penyanyi]] tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya [[penyanyi]] tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.
 
[[Muzik]] [[koir]] ([[koir|Koral]]) dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan [[opera]]. Berlawanan dengan [[opera]], [[koir]] mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian [[koir]] boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian [[opera]]. Walaupun sebenarnya tidak ada [[penyanyi]] di dalam kumpulan [[koir]] tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan [[penyanyi]] menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.
 
Di dalam [[muzik]] [[koral]], lingkungan suara kebiasaannya dipecahkan tidak mengikut tiga bahagian [[penyanyi]] mengikut [[jantina]] seperti nyanyian [[opera]], tetapi dipecahkan mengikut dua bahagian untuk [[lelaki]] dan [[perempuan|wanita]] seperti – [[Soprano]], [[Alto]], [[Tenor]], [[Penyanyi bes|Bes]] atau empat bahagian untuk satu jantina seperti [[Soprano]] 1, [[Soprano]] 2, [[Alto]] 1, [[Alto]] 2, [[Tenor]] 1, [[Tenor]] 2, [[Penyanyi bes|Bes]] 1 (atau [[bariton]]), [[Penyanyi bes|Bes]] 2.
 
==Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo==
Baris 26:
Lingkungan asas (kebiasaannya digunakan):
* [[Soprano]]: C4 - A5
* [[Soubret]]: C#4 - B4
* [[Mezzo-soprano]]: A3 - F5
* [[Alto|Kontralto/Alto]]: G3 - D5
* [[Tenor]]: B2 - G4
* [[Bariton]]: G2 - E4
* [[Penyanyi Bes|Bes]]: E2 - C4
 
Baris 42:
* Bes: C2 - D4
 
(Penggunaan [[falseto]] boleh melanjutkan lingkungan suara [[penyanyi]] [[lelaki]] untuk naik satu oktaf keatas dan penggunaan ''flaggelio'' boleh melanjutkan lingkungan suara [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]] untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah)
 
Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]] dan tiga yang terakhir adalah untuk [[penyanyi]] [[lelaki]]. [[Lelaki]] yang memiliki suara yang tinggi dirujukkan sebagai [[Tenor|kauntertenor]] dan ketinggian suara [[Tenor|kauntertenor]] diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang pertama. [[Penyanyi]] [[soprano]] [[lelaki]] dikenali sebagai [[sopranis]] dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada [[penyanyi]] [[soprano]] [[perempuan|wanita]]. [[Kontralto]] dahulunya dikenali sebagai [[penyanyi]] [[tenor]] tetapi kini tidak lagi digunakan dan digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk [[penyanyi]] [[lelaki]] kini memiliki atau menyanyikan bahagian lingkungan suara [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]].
 
===Pengaruhan lingkungan suara===
Jenis [[vokal]] di dalam lingkungan suara di atas selalunya boleh dicapai melalui latihan atau bakat semulajadi, namun ia juga boleh terjadi atau berubah mengikut perubahan [[fisiologi]].
Contoh yang paling ketara ialah [[penyanyi]] [[kastrato]] yang dikembirikan semasa kecil (lelaki) untuk meninggikan suara dan juga untuk merendahkan suara melalui menghisap [[rokok]] atau [[tembakau]].
 
===Peranan di dalam opera===
[[Mezzo-soprano]] jarangkali menyanyikan peranan yang ditulis untuk penyanyi [[soprano]] seperti contoh untuk [[opera]]peranan [[Lady Macbeth]], [[Santuzza]], [[Tristan und Isolde|Isolde]] begitu juga sebaliknya seperti [[opera]]peranan [[Carmen]], [[Rosina]], [[Marina ((disambiguation)|Marina]]. Ini bertujuan untuk menghasilkan kesesuaian suara dalam nota muzik yang ditulis berdasarkan jenis suara. Kebiasaannya, para [[penggubah]] menerangkan jenis-jenis suara yang sesuai untuk peranan-peranan yang diberikan. Tetapi ianya bukanlah semudah itu, seperti contoh [[penggubah]] lagenda [[Giuseppe Verdi ]] yang tidak membezakan "[[mezzo-soprano]]" dan "[[alto]]". Penggubah-penggubah awal termasuk [[Wolfgang Amadeus Mozart]] langsung tidak membezakan kategori-kategori [[soprano]] dan menganggap [[mezzo-soprano]] sebagai [[soprano]].
 
Cara lain untuk menentukan jenis suara yang sesuai ialah jenis [[muzik]] ensembel atau [[koir]] dengan membahagikan tiga bahagian wanita seperti ([[soprano]]), [[mezzo-soprano]] (soprano 2) dan [[alto]] (atau seorang [[mezzo-soprano]]).
 
Peranan “Carmen” (penyanyi [[mezzo-soprano]]) untuk opera [["Carmen]] contohnya, menyanyikan nota rendah untuk bahagian nyanyian trio Frasquita-Mercedes-Carmen. Oleh sebab itu, [[penggubah]] [[Bizet]] sebenarnya tidak pernah mencandangkanmencadangkan lagu itu untuk seorang [[penyanyi]] [[soprano]] tetapi untuk seorang [[mezzo-soprano]] atau [[alto]]. Walaubagaimana pun, kebanyakan [[penyanyi]] [[soprano]] boleh menyampaikan peranan tersebut dengan baik. Jenis suara [[penyanyi]] sebenarnya bergantung kepada bakat dan repertoir masing-masing.
 
==Lingkungan suara dalam muzik popular==
Lingkungan suara dalam muzik popular kebiasaannya adalah lebih bebas dan mudah berbanding dengan [[muzik klasikal]]. Ini adalah kerana penggunaan amplikasi menjadikan ianya lebih mudah bagi penyanyi-[[penyanyi]] [[muzik]] popular untuk menghasilkan pic [[muzik]] yang lebih rendah berbanding dengan penyanyi [[muzik klasikal]]. Warna suara yang konsisten juga kurang penting untik penyanyi-[[penyanyi]] [[muzik]] popular.
 
Penyanyi-[[penyanyi]] [[muzik]] popular mempunyai kebabasan penuh dalam penyampaian melodi untuk lagu-lagu mereka termasuk penggunaan [[falseto]]/''flaggelio'' yang diterima ramai oleh para pendengar dan para penyanyi sendiri. Ini termasuklah penggunaan suara dalam yang keras atau penggunaan nota ''flageolet'' (merujuk kepada register nyanyian berbisik di tahap tinggi). Pendek kata, penyanyi – [[penyanyi]] [[muzik]] popular tidak terikat dengan apa-apa piawaian di dalam nyanyian dan boleh menyampaikan lagu di dalam apa saja cara yang disukai dan diterima ramai.Walau bagaimanapun, kepentingan lingkungan suara adalah berbeza-beza di dalam muzik popular. Genre “punk” sebagai contoh kurang mengendahkan skill teknik dan lingkungan suara sama sekali. Begitu juga dengan teater muzikal yang memerlukan skill nyanyian tetapi kurang melihat kepada lingkungan suara penyanyi.
 
==Frekuensi suara==
Di dalam kiraan [[frekuensi]], suara [[manusia]] adalah di dalam lingkungan 250Hz hingga ke 3kHz, diukur untuk suara semulajadi [[lelaki]] dan [[perempuan|wanita]]. Walau bagaimanapun, rekod dunia melaporkan terdapat suara tertinggi dan terendah [[manusia]] yang menjangkaui di luar lingkungan ini, sehingga melebihi lingkungan pendengaran manusia.
 
==Rekod dunia untuk lingkungan suara yang ekstrim==