Perbezaan antara semakan "Bumi"

4 bait dibuang ,  7 tahun lalu
k
Membalikkan suntingan oleh Shengwei95 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
k (Membalikkan suntingan oleh Shengwei95 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot)
Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti [[planet]] lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 [[satelit]] asli iaitu [[bulan]]. 70.8% permukaan bumi diseliputi [[air]]. [[Udara]] Bumi terdiri daripada 78% [[nitrogen]], 21% [[oksigen]], dan 1% [[wap air]], [[karbon dioksida]], dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai [[teras dalam bumi]] yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.
 
[[Kerak bumi]] lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan [[plat tektonik]] ([[teori hanyutan benua]]) menghasilkan [[gempa bumi]]. Puncak tertinggi adalah [[gunung Everest]] setinggi 8,848 [[meter]], dan lautan terdalam mencecah 10,924 [[meter|m]]. Tasik besar tertinggi adalah [[tasik Nam CoTiticaca]], dan tasik terbesar adalah [[Laut Caspian]]. Lautan terbesar ialah [[Lautan Pasifik]]. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan [[padang pasir]].
 
==Sejarah bumi dan kehidupan di dalamnya==