Hermione Granger: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 25:
Hermione mempunyai mata berwarna perang, rambut perang yang kerinting dan ketika pertama kali muncul, gigi depannya agak besar. Banyak orang di sekolah mentertawakan wajahnya, termasuk [[Severus Snape|Profesor Snape]]. Hermione yang merupakan pelajar paling pintar dalam tahunnya, berusaha untuk tidak terlibat dengan gosip walaupun dia sedar dia tidak dapat melarikannya dan dengan Harry dan Ron yang bergantung kepadanya untuk bantuan dalam pelajaran mereka, kewujudannya membuktikan yang dia amat berguna dalam trio itu.
 
Hermione adalah pelajar yang setia, berani dan sering menyuarakan pendapatnya tetapi kadang-kala mempunyai permasalahan yang sering mengganggunya atau menutup fikirannya buat sementara waktu. Mungkin kita dapat melihat kegelisahannya ketika berhadapan dengan Jerat Syaitan yang dia ingin mencari [[kayu]] untuk dinyalakan sedangkan dia sendiri tahumampu menyalakan tongkat saktinya. Walau bagaimanapun, setakat ini, segala syak wasangka yang timbul di fikirannya adalah benar termasuk kes [[Firebolt]]{{HP3}}, [[Sirius Black|Sirius]] tiada di [[Kementerian Sihir]]{{HP5}} dan tentang Putera Berdarah Kacukan{{HP6}}.
 
Rowling mengakui yang Hermione itu banyak berdasarkan sifat dirinya ketika di bangku sekolah. Patronus Hermione pula ialah seekor [[memerang]] yang merupakan haiwan kesayangan [[J. K. Rowling]].