Perentak jantung buatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k Izhamwong memindahkan laman PERENTAK JANTUNG BUATAN ke Perentak jantung buatan: ikut gaya wiki
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k tag rujukan
Baris 1:
{{Multiple issues|
== PENGENALAN ==
{{original research|date=Mac 2013}}
{{refimprove|date=Mac 2013}}
}}
 
'''Perentak jantung buatan''' merupakanadalah salah satu daripada peranti dalam bidang perubatan yang menggunakan impuls elektrik. Impuls elektrik ini dihantar oleh elektrod yang bersentuhan dengan otot jantung. Fungsinya adalah untuk mengawal degupan jantung. Sebenarnya, fungsi utama perentak adalah untuk mengekalkan nadi jantung yang mencukupi, sama ada disebabkan ketidaklajuan perentak jantung semulajadi atau terdapat penghalang pada system perjalanan elektrik yang terdapat pada jantung. Kini perentak boleh diprogramkan secara luaran hasil daripada teknologi yang semakin pesat membangun. Hal ini membolehkan pakar jantung membuat pilihan mod rentak yang terbaik untuk pesakit secara individu. Ada juga yang menggabungkan perentak dengan defibrilator dalam sebuah peranti implan. Ada juga yang mempunyai pelbagai elektrod untuk merangsang posisi yang berbeza di dalam jantung. Fungsinya adalah untuk memperbaik penyegerakan di kedua-dua ventrikel pada jantung. Material yang digunakan untuk membuat perentak jantung mestilah material yang lengai dari segi farmakologi, tidak mempunyai bahan toksik, boleh dibersihkan, dan mampu berfungsi di dalam badan manusia. Terdapat pelbagai bahagian pada perentak jantung yang diperbuat daripada material yang bioserasi seperti perumah, mikroelektronik dan plumbum. Biasanya perumah diperbuat daripada titanium atau aloi titanium. Plumbumnya juga diperbuat daripada aloi logam tetapi ditebat dengan menggunakan polimer seperti polyurethane. Hanya hujung logam plumbum sahaja yang terdedah atau terbuka. Pelitarannya pula biasanya diperbuat daripada semikonduktor silicon yang telah diubahsuai.
 
== Sejarah==
[[Imej:Animasi.gif|frames|
Perentak Jantung Buatan]]
 
== SEJARAH ==
 
Pada tahun 1952, Paul Zoll telah mencipta dan mengembangkan perentak jantung yang pertama. Perentak tersebut adalah versi penyedar jantung yang mudah alih. Ia mempunyai dua wayar plumbum yang boleh dilekat pada tali pinggang yang dipakai oleh pesakit. Ia disambungkan pada lesung dinding yang terdekat dan menghantar kejutan elektrik yang mampu merangsang jantung pesakit. Rangsangan tersebut kebiasaannya mencukupi bagi jantung untuk berfungsi semula dengan normal. Perentak jantung yang terawal ini biasanya digunakan dalam keadaan kecemasan.
Antara tahun 1957 hingga 1960, penambahbaikan signifikan telah dibuat terhadap ciptaan asal Zoll tersebut. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar voltan yang diperlukan untuk memulasemulakan jantung dan kadar masa untuk menyempurnakan rentak elektronik, sebuah perentak jantung yang mempunyai plumbum yang dilekatkan terus kepada dinding luaran jantung telah dicipta. Perntak jantung tersebut dicipta oleh C. Walton Lillehei. Pada tahun 1958, bateri telah ditambah sebagai sumber tenaga. Dengan ini, perentak jantung menjadi benar-benar mudah alih. Hal ini memudahkan pesakit bergerak ke mana-mana sahaja tanpa terikat pada satu tempat. Pesakit juga boleh menggunakan perentak jantung secara berterusan, bukan pada waktu kecemasan sahaja. Perentak jantung ciptaan Lillehei adalah untuk kegunaan luaran sahaja. Kemudian, William Chardack dan Wilson Greatbatch mencipta perentak jantung pertama yang boleh diimplan ke dalam badan manusia. Perentak jantung tesebut diimplan ke dalam badan pesakit hidup pada tahun 1960.
 
Perentak jantung yang diletakkan di dalam jantung pesakit adalah teknik terkini yang dibangunkan oleh Seymour Furman. Beliau menggunakan kaedah dengan memasukkan plumbum tersebut ke dalam urat dan terus menyucuk ke atas hingga ke ventrikel. Apabila plumbum berada di dalam jantung, voltan yang rendah sahaja diperlukan untuk mengawal degupan jantung. Hal ini boleh meningkatkan jangka masa bagi perentak jantung untuk berada di dalam badan seseorang manusia. Pada awalnya cara yang diperkenalkan oleh beliau ini tidak digunapakai secara meluas. Tetapi pada akhir tahun 1960, kebanyakan pakar jantung telah banyak menggunakan perentak jantung ciptaan Furman ini. Sejak dari itu, penambahbaikan telah dibuat dalam rekaan mereka termasuklah perentak jantung yang lebih kecil, bateri yang tahan lama dan kawalan computerkomputer.
 
==Rujukan==