Perentak jantung buatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kembangkan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
== Sejarah==
 
Pada tahun 1952, Paul Zoll telah mencipta dan mengembangkan perentak jantung yang pertama.<ref>[http://news.harvard.edu/gazette/2001/04.19/12-zoll.html Harvard Gazette: Paul Maurice Zoll]</ref> Perentak tersebut adalah versi penyedar jantung yang mudah alih. Ia mempunyai dua wayar plumbum yang boleh dilekat pada tali pinggang yang dipakai oleh pesakit. Ia disambungkan pada lesung dinding yang terdekat dan menghantar kejutan elektrik yang mampu merangsang jantung pesakit. Rangsangan tersebut kebiasaannya mencukupi bagi jantung untuk berfungsi semula dengan normal. Perentak jantung yang terawal ini biasanya digunakan dalam keadaan kecemasan.
Antara tahun 1957 hingga 1960, penambahbaikan signifikan telah dibuat terhadap ciptaan asal Zoll tersebut. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar voltan yang diperlukan untuk memulasemulakan jantung dan kadar masa untuk menyempurnakan rentak elektronik, sebuah perentak jantung yang mempunyai plumbum yang dilekatkan terus kepada dinding luaran jantung telah dicipta. Perntak jantung tersebut dicipta oleh C. Walton Lillehei. Pada tahun 1958, [[bateri]] telah ditambah sebagai sumber tenaga. Dengan ini, perentak jantung menjadi benar-benar mudah alih. Hal ini memudahkan pesakit bergerak ke mana-mana sahaja tanpa terikat pada satu tempat. Pesakit juga boleh menggunakan perentak jantung secara berterusan, bukan pada waktu kecemasan sahaja. Perentak jantung ciptaan Lillehei adalah untuk kegunaan luaran sahaja. Kemudian, William Chardack dan Wilson Greatbatch mencipta perentak jantung pertama yang boleh diimplan ke dalam badan manusia. Perentak jantung tesebut diimplan ke dalam badan pesakit hidup pada tahun 1960.