Yusuf al-Qaradawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 26 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q64129
Creamsream (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 37:
 
Beliau kagum terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di Malaysia. Beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar. Satu ketika beliau dibawa menaiki pesawat tentera bagi memudahkannya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat. Pertemuan diadakan dengan pemimpin [[UMNO]] mahupun [[PAS]] serta pernah menerima anugerah daripada [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]] ([[UIAM]]).<ref>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/18/mstar_berita/20091218160800&sec=mstar_berita Yusuf Al-Qaradawi, Yusof Noor Tokoh Maal Hijrah]</ref>
 
==Memuji Kerajan Malaysia==
Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi memuji usaha dan Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam dalam perjuangan rakyat [[Palestin]].Peranan Malaysia telah mendapat pujian menerusi dua pucuk surat yang diutuskan kepada kerajaan Malaysia Khususnya kepada [[Perdana Menteri]] Malaysia Datuk Seri [[Najib Razak]] dan [[Timbalan Perdana Menteri]], Tan Sri [[Muhyiddin Yassin]].
 
Al-Qaradawi menyatakan dalam surat tersebut beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di [[Baitulmuqaddis]].Selain dari itu juga beliau menyatakan bahawa Datuk Seri [[Najib Razak]] antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis dan amat tersentuh dengan keprihatinan Najib Razak dalam konteks ini khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.Sehubungan dengan itu Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.
Malah dalam surat itu juga menyebut pencapaian yang membanggakan mereka tentang kejayaan mewujudkan '''cawangan QII''' di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan Najib Razak.
 
Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.Kejayaan Malaysia menamatkan konflik dan penderitaan kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Pujian al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia.
<ref>http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Al-QaradawipujikomitmenMalaysia/Article/</ref>
<ref>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121010/dn_02/Dr-Yusuf-Al-Qaradawi-hargai-sumbangan-Malaysia</ref>
 
==Rujukan dan pautan ==