Kauntertenor: Perbezaan antara semakan

953 bait ditambah ,  15 tahun lalu
 
==Sejarah==
Pada lewat zaman pertengahan dan zaman pembaharuan, istilah ''kontratenor'' digunakan untuk bahagian suara dalam kaunterpoin melodi berlawanan dengan nyanyian penyanyi [[tenor]]. Nota muzik lingkungannya adalah hampir sama dengan lingkungan penyanyi [[tenor]].
 
Pada kurun ke-15, kontratenor berpecah kepada dua iaitu ''kontratenor altus'' dan ''kontratenor bassus'' ([[bahasa Latin]]), yang mana ''altus'' adalah lingkungan atas [[tenor]] dan ''basus'' di bawah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, istilah ini menjadi lapuk kerana seni [[Latin]] hilang popularitinya. Di [[Itali]], "contratenor altus" bertukar menjadi ''alto''; di [[Perancis]] dipanggil ''haute-contre'', di [[England]] menjadi kauntertenor. Istilah ini hanyalah bertukar panggilan namanya sahaja, namun penggunaan suara ini adalah tetap sama dari era Barok lagi; iaitu seorang yang boleh menyanyikan bahagian [[alto]] atau [[soprano]] dan bukan bahagian penyanyi [[tenor]].
 
==Suara kauntertenor==
7,175

suntingan