Sistem Jalan Negeri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Laluan negeri''' adalah sistem [[jalan raya]] bagi setiap negeri di [[Malaysia]] yang dibiayai oleh negeri masing-masing melalui [[Jabatan Kerja Raya]] negeri masing-masing. Secara umumnya piawaian yang digunakan oleh jalan raya negeri adalah sama seperti [[laluan persekutuan]] cuma bezanya ialah laluan negeri dibiayai oleh kerajaan negeri. Hanya [[Sarawak]] dan [[Wilayah Persekutuan]] sahaja yang tiada jalan raya negeri.
 
Seperti jalan raya persekutuan, jalan raya negeri menggunakan papan tanda berwarna biru dengan tulisan putih dan dikodkan di dalam jata berbentuk heksagon kuning, cuma bezanya ialah jalan raya negeri dikodkan dengan kod negeri diikuti dengan [[kod laluan]], contohnya Laluan {{JKR|J32}} iaitu salah satu contoh jalan raya negeri [[Johor]].
 
Jika jalan negeri melintasi sempadan negeri, kod negeri bagi jalan tersebut turut bertukar, misalnya seperti laluan {{JKR|A9}} / {{JKR|K9}} yang menghubungkan [[Parit Buntar]], [[Perak]] dengan [[Bandar Baharu]], [[Kedah]] di mana pada bahagian Parit Buntar jalan raya tersebut dikodkan sebagai {{JKR|A9}} tetapi setelah memasuki sempadan negeri Kedah, jalan raya tersebut bertukar kodnya kepada {{JKR|K9}}.