Muhammad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alashr2003 (bincang | sumb.)
Alashr2003 (bincang | sumb.)
Baris 13:
==Kelahiran==
 
Nabi Muhammad telah diputerakan di [[Mekah]], [[Arab Saudi]] pada hari [[Isnin]], [[12 Rabiulawal]] ([[2 Ogos]] [[570]]M). Ibu baginda, iaitu [[Aminah binti Wahb]], adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, [[Abdullah bin Abdul Muthallib|Abdullah]], ialah anak kepada [[Abdul Muthalib]]. Keturunannya bersusur galur dari [[Nabi Ismail a.s.|Ismail]], anak kepada [[Nabi Ibrahim a.s.|Ibrahim]] kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
 
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang [[anak yatim]]. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama [[Halimahtus Sa'adiah]] di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, [[Abu Talib]]. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke [[Syam]].