Islam di Ireland: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Clou kevin (bincang | sumb.)
Clou kevin (bincang | sumb.)
Baris 4:
 
==Sejarah==
Persatuan Islam pertama di Ireland ditubuhkan pada [[1959]]. Persatuan ini ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Muslim yang belajar di Ireland dan ianya digelar Dublin Islamic Society (kemudiannya digelar Islamic Foundation of Ireland). Pada ketika itu, tidak ada [[masjid]] di [[Dublin]]. Para pelajar terpaksa menggunakan rumah-rumah mereka dan kemudiannya, menyewa dewan-dewan untuk sembahyang [[Jumaat]] dan sembahyang sunat [[AidilFitri]]. Pada tahun [[1969]], pelajar-pelajar tersebut mula menghubungi saudara mara mereka dan beberapa persatuan-persatuan Islam dan negara-negara Muslim dengan tujuan mengutip derma untuk membina sebuah masjid di Dublin. Pada tahun [[1976]], masjid pertama dan pusat Islam di Ireland dibuka di sebuah bangunan empat tingkat beralamat 7 Harrington Street, Dublin 8. Antara mereka yang memberi sumbangan kepada projek masjid dan pusat Islam tersebut adalah [[Raja Arab Saudi]] iaitu arwah [[Faisal_ibn_’Abd_al_’Aziz_Al_Sa’ud|Raja Faisal]]. Pada tahun [[1981]], Kementrian Wakaf dan Hal Ehwal Islam [[Kuwait]] menaja [[imam]] sepenuh masa untuk masjid tersebut.
 
Beberapa tahun selepas penubuhan masjid dan pusat Islam yang pertama di Dublin, masjid tersebut menjadi terlalu kecil untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Umat Islam yang menjaga persatuan tersebut memulakan kempen kedua untuk mengutip sumbangan bagi membina masjid yang lebih besar. Pada tahun [[1983]], bangunan Dublin Mosque dan Islamic Center yang wujud pada masa sekarang dibeli, diubahsuai dan pusat persatuan telah dipindah dari Harrington Street ke 163 South Circular Road, Dublin 8.