Kastrato: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 15:
Kastrati mempunyai banyak bahagian dalam [[opera]] awal. Pada persembahan – persembahan awal termasuk karya penggubah Monteverdi berjudul ''Orfeo'' (1607), kastrati kerap diambil untuk lakonan peranan-peranan sampingan. Namun begitu dari tahun 1680, mereka telah berjaya menggantikan suara-suara penyanyi lelaki biasa untuk peranan-peranan utama selama hampir seratus tahun. Disebabkan populariti [[opera]] [[Itali]] pada kurun ke-18 di serata [[Eropah]] (kecuali [[Perancis]]), ramai penyanyi-penyanyi kastrato contohnya Ferri, Farinelli dan Pacchierotti menjadi bintang terkenal [[opera]] dan mendapat pendapatan yang amat lumayan. Corak [[opera]] terkenal pada zama itu ialah ''opera seria'' yang memerlukan suara-suara tinggi, walaupun di luar dunia [[opera]], mereka sering dipermain-mainkan kerana rupa mereka yang agak aneh dan mempunyai sikap yang dianggap tidak baik.
 
Pengembirian "untuk muzik" adalah yang amalan yang amat biasa [[Itali]] pada masa tersebut. Di bawah hukum kanun gereja Roman Katolik, kembiri adalah menyalahi undang-undang yang mana pesalah boleh dihukum potong kaki atau tangan atau dibuang negeri. Seorang ahli sejarah [[muzik]] pada masa itu, Charles Burney telah diarahkan untuk mencari tempat-tempat di mana "operasi kembiri" dijalankan. Menurut beliau "Saya bertanya ramai orang di sepanjang pencarian saya di [[Itali]] untuk mendapatkan tahu tempat-tempat budak-budak lelaki yang boleh menyanyi dikembirikan, namun saya gagal mendapat jawapan yang munasabah. Di Milan, saya diberitahu lokasinya di Venice; namun apabila tiba di Venice, saya disuruh pergi ke Bologna; di Bologna, ramai menafikan dan menyuruh saya pergi ke Florence; dari Florence, mereka merujukkan saya ke Rom, dan dari Rom saya telah disuruh pergi ke Naples. Mereka suruh saya mencari sebuah kedai di Naples yang bertulis 'QUI SI CASTRANO RAGAZZI' ("Di sini budak-budak lelaki telah dikembirikan"). Namun sepanjang pencarian, saya masih belum dapat melihat atau terdengar ada kedai seumpama itu di Naples".<ref>Scholes, P (ed): ''Dr Burney's Musical Tours in Europe'' (London, 1959), vol 1, p 247 </ref>
 
[[Imej:Scalzi_by_Flipart.jpg|200px|thumb|Kastrato Carlo Scalzi 1737]]
Proses latihan budak-budak lelaki kastrati adalah amat ketat. Cara pembelajaran di satu sekolah di [[Rom]] pada sekitar tahun 1700, mengandungi satu jam nyanyian nota-nota sukar dan kekok, satu jam berlatih getaran suara, satu jam untuk latihan passaggi, satu jam latihan peribadi bersama guru dan di hadapan cermin untuk latihan gerak badan atau kerutan muka, dan satu jam lagi untuk kajian sastera. Semua ini hanyalah sessi latihan pagi sebelum makan tengahari.
[[Imej:Scalzi_by_Flipart.jpg|200px|thumb|Kastrato Carlo Scalzi 1737]]
Selepas rehat makan tengahari, mereka akan belajar untuk menghargai teori muzikal, menulis muzik iringan, satu jam menulis salinan dari muzik iringan, dan satu jam lagi untuk kajian sastera. Selebihnya, remaja kastrati ini harus mencari masa untuk berlatih bermain hapsikord, dan menulis muzik vokal, samada suci atau sekular bergantung dengan kecenderungan mereka. <ref>see Bontempi, G: ''Historia Musica'' (Perugia, 1695), p. 170.</ref>