Kastrato: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 28:
 
==Penolakan konsep pengembirian kanak-kanak lelaki==
Pada penghujung kurun ke-18, perubahan dalam cita rasa [[opera]] dan sikap kemasyarakatan adalah era penghabisan untuk kastrati. Kastrato [[opera]] terkenal yang terakhir ialah Giovanni Battista Velluti (1781-1861), yang mempersembahkan [[opera]] kastrato terakhir untuk peranan ''Armando'' dalam [[opera]] ''Il Crociato in Egitto'' oleh penggubah Giacomo Meyerbeer di Venice pada 1824. Tidak lama selepas itu, mereka digantikan oleh penyanyi-penyanyi lelaki sebagai baka baru peranan “hero”, penyanyi-penyanyi [[tenor]] seperti Gilbert-Louis Duprez, seorang penyanyi [[Perancis]] yang pertama digelar "raja Cs yang tinggi". Peranan lelaki penyanyi [[tenor]] sebagai hero dan watak utama itu berterusan sehingga ke hari ini dengan melahirkan penyanyi-penyanyi seperti Enrico Caruso, Franco Corelli, [[Plácido Domingo ]] [[Luciano Pavarotti]] dan ramai lagi.
 
Selepas penyatuan semula [[Itali]] pada tahun 1870, pengembirian telah diharamkan secara rasmi (kerajaan baru [[Itali]] mengadaptasi undang-undang [[Perancis]] untuk melarang pembedahan seumpama ini). Pada tahun 1878, Paus Leo XIII dilarang mengambil kastrati baru oleh gereja: terdapat beberapa kastrati sahaja tinggal dalam Sistine Chapel dan di Rom. Sebuah foto gambar beramai-ramai kumpulan koir Sistine Chapel diambil pada tahun 1898 menunjukkan hanya enam kastrati sahaja yang tinggal. Pada tahun 1902, satu undang-undang baru telah dikeluarkan daripada Paus Leo bahawa tiada kastrati baru dibenarkan diambil untuk koir gereja.
 
Penghujung rasmi karier kastrati di gereja adalah pada hari St. Cecilia's pada 22 November 1903, apabila paus baru, Pius X, mengeluarkan perintah , ''Tra le Sollecitudini'' (Kalangan orang yang mengambil berat). Arahan itu mengatakan "Apabila . . . perlu untuk mengambil suara-suara tinggi seperti [[soprano]] dan [[kontralto]], bahagian-bahagian ini mesti dibuat oleh budak-budak lelaki, menurut penggunaan asal gereja masa dahulu." Kastrato Sistine Chapel yang terakhir yang adalah Alessandro Moreschi, satu-satu kastrato yang sempat membuat rakaman lagu. Beliau bersara secara rasmi pada 1913, dan meninggal dunia dalam tahun 1922.
 
[[Imej:Moreschi_c1900.jpg|thumb|250px|Alessandro Moreschi 1900]]
{{Listen|filename=Alessandro_Moreschi.ogg|title=Kastrato menyanyi|description=Alessandro Moreschi menyanyi bahagian Eugenio Terziani, ''Hostias et preces''|format=[[Ogg]]}}
 
Penglibatan gereja Roman Katolik dalam fenomena kastrato telah lama menjadi isu kontroversial, dan terdapat permintaan baru-baru ini untuk mereka mengeluarkan surat kemaafaan secara rasmi di atas pembabitan mereka dalam perkara ini. Sebenarnya, semenjak dari tahun 1748 lagi, Paus Benedict XIV telah cuba untuk mengharamkan kastrati dari gereja-gereja, tetapi beliau sedar bahawa kastrati pada masa itu amat popular dan tindakan mengharamkan mereka akan mengakibatkan kemerosotan mendadak untuk orang ramai dari menghadiri gereja.
 
==Kastrati moden dan suara yang bersamaan dengannya==