Perbezaan antara semakan "Bismillah"

4 bait ditambah ,  8 tahun lalu
perbaiki
k (Bot: Memindahkan 29 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q273639)
(perbaiki)
'''Bismillah''' atau '''Basmalah''' (Bahasa Arab: '''بسملة''') adalah sebuah perkataan [[Bahasa Arab|Arab]] yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa [[Islam]] secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam [[Al-Qur'an]], dan digunakan dalam berbilangan konteks oleh umat Muslim. Ia disebut beberapa kali dalam [[solat]] dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.
 
Dalam Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama [[Surah Al-Fatihah|surah pertama]], tetapi menurut pandangan [[Muhammad ibn Jarir al-Tabari|Al-Tabari]], ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan [[surah]] kecuali [[AurahSurah At-Taubah|surah kesembilan]], tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam [[Surah An-Naml]], iaitu dipermulaan dan pada ayat ke-30.
 
:بسم الله الرحمن الرحيم
:''bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi''
:"Dengan nama [[Allah]], Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"
 
Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi ''bismi-llāhi...'' yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau [[zikir]] juga berlaku seperti frasa "''[[Allahu Akbar]]''", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga [[Ta'awwudh]] dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi [[Alhamdulillah]].
65,412

suntingan