Perbezaan antara semakan "Noor Azizah"

26 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Laman baru: Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan merupakan seorang pelakon di Malaysia. Azizah lahir pada tahun 1947 di ]]Perak]]. Selain filem terbitan tempatan, Noor Azizah pernah membint...)
 
Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan merupakan seorang pelakon di [[Malaysia]]. Azizah lahir pada tahun [[1947]] di ]][[Perak]].
 
Selain filem terbitan tempatan, Noor Azizah pernah membintangi filem Thailand bertajuk Vendetta, selain dua filem terbitan Indonesia iaitu Jangan Kau Tangisi dan Malim Kundang selain pernah muncul dalam siri TV Australia, Bailey's Birds.
Sebaik selesai filem itu, ditawarkan pula filem Sri Andalas (1966) arahan S Kadarisman. Kemudian, muncul dalam filem ketiga, A Go Go 67 (1967). Untuk filem ini beliau ‘dinaikkan pangkat’ apabila disenaraikan sebagai pelakon utama.
 
Filem A Go Go 67 arahan Omar Rojik membariskan [[Ahmad Nesfu]], [[Aziz Jaafar]], Normah Zainal, [[S. Shamsudin]], [[Kuswadinata]], AliA[[li Fiji]], M Rafee, Ibrahim Hassan dan Habsah.
 
Pada tahun 1969, Noor Azizah diberi penghormatan oleh P Ramlee kerana diberikan dua watak dalam filem Enam Jahanam, iaitu sebagai Masmera dan Mastika. Masmera ialah isteri kepada seorang peniaga dan pendekar terkenal bernama Tantari (P Ramlee).
Menerusi Merdeka Studio di Hulu Klang, Noor Azizah muncul dalam banyak filem seperti Kembang Layu (1970) dan Durjana (1971).
 
Selain Enam Jahanam, [[P. Ramlee]] mengambilnya berlakon dalam filem Doctor Rushdi (1970), Jangan Tinggal Daku (1971) dan Laxemana Do Re Mi (1972).
 
Sebelum itu, Jins Shamsudin menggandingkannya bersama P Ramlee dalam filem arahan pertamanya Di Belakang Tabir (1969).Filem lain yang pernah dibintanginya ialah Perintah Seri Paduka (1970), Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971), Sayang Anakku Sayang (1976), Cinta & Lagu (1976) dan Pendekar (1977).
6,420

suntingan