Peranti perubatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k sumber rujukan penting untuk membezakan wikipedia dengan fakta penipuan di Internet.
Holyorder (bincang | sumb.)
Baris 43:
 
Istilah peranti perubatan, seperti yang didefinisikan oleh ''Food and Drugs Act'', merangkumi pelbagai instrumen kesihatan dan perubatan yang luas yang digunakan untuk rawatan, diagnosis atau pencegahan penyakit atau keadaan fizikal yang abnormal. Health Canada akan menyemak peranti perubatan untuk menilai tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti sebelum membenarkan penjualan di Kanada
 
===Malaysia===
 
Menurut tafsiran seperti yang termaktub di dalam Akta Peranti Perubatan 2012, peranti perubatan adalah :
 
* apa-apa peralatan, radas, perkakas, mesin, alat, implan, reagen atau kalibrator in vitro, perisian, bahan, atau barang lain yang seumpamanya atau yang berkaitan yang diniatkan oleh pembuat yang digunakan, secara bersendirian atau gabungan, bagi manusia bagi mencapai maksud -
(i) diagnosis, pencegahan, pemantauan, rawatan atau pengurangan penyakit;
(ii) diagnosis, pemantauan, rawatan atau pampasan bagi sesuatu kecederaan;
(iii) penyiasatan, penggantian atau pengubahsuaian, atau sokongan anatomi atau proses fisiologi;
(iv) sokongan atau pengekalan hayat;
(v) pengawalan kehamilan;
(vi) penyahjangkitan peranti perubatan; atau
(vii) penyediaan maklumat bagi maksud perubatan atau diagnostik dengan cara pemeriksaan in vitro ke atas spesimen yang diperoleh daripada tubuh manusia
 
* apa-apa peralatan, radas, perkakas, mesin, alat, implan, reagen atau kalibrator in vitro, perisian, bahan atau barang lain yang seumpamanya atau yang berkaitan, untuk digunakan pada tubuh manusia, yang boleh diisytiharkan oleh Menteri, setelah mengambil kira isu keselematan awam, kesihatan awam atau risiko awam, sebagai suatu peranti perubatan melalui perintah yang disiarkan dalam ''Warta''.
 
====Peranti Perubatan Yang Ditetapkan====
 
Peranti perubatan yang ditetapkan adalah suatu peranti perubatan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu peranti perubatan yang ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam ''Warta''.
 
==Klasifikasi==