Peranti perubatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k +pautan & gambar
Holyorder (bincang | sumb.)
Baris 170:
==Peranti Perubatan Dan Isu Keselamatan Teknologi==
 
Peranti perubatan seperti perentak jantung, pam insulin, monitor bilik pembedahan, [[defibrilator]], dan instrumen pembedahan boleh merangkumi keupayaan untuk menghantar maklumat kesihatan penting daripada tubuh pesakit kepada profesional perubatan. Sebahagian daripada peranti ini boleh dikawal secara kawalan jauh. Ini telah menimbulkan kebimbangan berkenaan dengan isu keraksiaan dan keselamatan melibatkan kecuaian manusia dan ralat teknikal dengan teknologi ini. Sementara hanya sedikit sahaja kajian telah dijalankan melihat kepada kecenderungan peranti perubatan untuk digodam, risiko masih ada.
 
Pada tahun 2008, saintis komputer telah membuktikan bahawa perentak jantung dan defibrilator boleh digodam secara wayarles melalui perkakasan radio, sebuah antenna dan komputer peribadi. Para pengkaji ini telah menunjukkan bahawa mereka boleh mematikan kombinasi defibrilator jantung dan perentak jantung dan memprogramkannya kembali untuk menyampaikan kejutan yang berpotensi membawa maut atau menghabiskan kuasa baterinya.