Anak Gemilang Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Keiji (bincang | sumb.)
Laman baru: Anak Gemilang Malaysia merupakan sebuah dokumentari yang ditayangkan di Astro Prima dan RTM sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Anak Gemilang Malays...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:51, 29 Jun 2007

Anak Gemilang Malaysia merupakan sebuah dokumentari yang ditayangkan di Astro Prima dan RTM sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Anak Gemilang Malaysia diterbitkan bukan saja untuk memberikan penghormatan kepada tokoh negara terdahulu tetapi juga mendidik generasi muda di samping menyuntik semangat patriotik dalam jiwa penonton.

Anak Gemilang Malaysia diadaptasi dari rancangan The Great Briton, United Kingdom dan ia turut bersiaran di RTM. Astro tertarik menerbitkannya kerana program ini membawa objektif utama untuk memberi penghargaan kepada wira, wirawati serta tokoh terdahulu yang banyak berjasa serta memberi sumbangan demi kejayaan, kegemilangan dan pembangunan negara.