Tempe: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tempe244 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
[[Protein]] soya di dalam tempe semakin mudah diceranakan dangan proses penapaian. Secara khususnya, (oligosakarida) yang sering dikaitkan dengan gas dan tidak hadam dikurangkan dengan banyaknya oleh kultur ''Rhizopus''. Dalam kedai tradisional membuat tempe, kultur pencetus sering kali mempunyai [[bakteria]] berguna yang menghasilkan [[vitamin]] (seperti [[vitamin B12]]). Di negara-negara Barat, menjadi kebiasaan bagi menggunakan kultur tulen yang hanya mengandungi ''Rhizopus oligosporus''. Disebabkan tempe dihasilkan daripada biji kacang, ia turut merupakan sumber serabut yang baik.
 
Tempe juga terkenal di Malaysia dan sangat popular terutamanya di daerah Klang kerana banyak pekerja-pekerjapenduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan makanan ini. Tempe khas turut boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran. Tempeh bongrek adalah tempe [[Indonesia]] yang disediakan dengan campuran [[Pokok Kelapa|kelapa]]. Tempe jenis ini kadang-kala tercemar dan [[organisma]] yang tidak diingini menghasilkan [[toksin]] daripada kelapa. Masaalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau [[bijiran]]. Apabila tempa kacang atau bijiran mempunyai warna yang betul, tekstur, dan bau, ia merupakan petunjuk penting bahawa hasil itu adalah selamat.
 
Di dapur, tempe sering kali disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam [[air]] [[garam]], atau [[sos]] masin, dan digoreng dalam [[minyak]]. Tempe goreng boleh dimakan begitu sahaja, atau dicampur [[Pokok Cili|cili]], sup, dan kuah. Tempe mempunyai pelbagai perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti [[cendawan]]. Tempe boleh didingin-beku dan tersedia dikebanyakan negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan.