Perbezaan antara semakan "Utilitarianisme"

tiada ringkasan suntingan
'''Utilitarianisme''' merujuk kepada idea atau fahaman [[etika normatif]] yang menilai sesuatu tindakan berasaskan tujuan untuk memaksimumkan tahap kegunaan, yang ditakrifkan sebagai peningkatan kebahagian dan pengurangan penderitaan. Utilitarianisme klasik sebagaiman yang diperjuangkan [[Jeremy Bentham]] dan [[John Stuart Mill]] berasaskan [[hedonisme]].<ref>Sinnott-Armstrong, Walter, "[http://plato.stanford.edu/entries/consequentialism/ Consequentialism]", ''Ensiklopedia Falsafah Stanford'' (Edisi 2012), Edward N. Zalta (ed.),</ref> Kini utilitarianisme secara amnya ditakrif sebagai sejenis unsur [[konsequentialisme]], walaupun ketika [[G. E. M. Anscombe|Anscombe]] mula menggunakan terma tersebut untuk membezakan antara "utilitarianisme lama" dan konsequentialisme.<ref>Anscombe, G. E. M., ''‘Modern Moral Philosophy’'' dalam ''Philosophy, Vol. 33, No. 124. (Jan., 1958)'', ms. 12</ref> Berdasarkan utilitarianisme nilai moral sesuatu tindakan hanya ditentukan melalui akibat atau kesan yang terhasil, walaupun terdapat pandangan berbeza tentang pertimbangan yang harus diutarakan pada kesan sebenar, kesan jangkaan dan kesan yang ditujukan. Dalam ''Cebisan sesebuah kerajaan'' (''A Fragment on Government''), Bentham berkata, "kebahagian untuk semua pada tahap tertinggi ialah ukur untuk menilai baik atau buruk"<ref>{{cite web | url=http://www.constitution.org/jb/frag_gov.htm | title=A Fragment on Government | year=1776 | accessdate=Januari 31, 2013 | author=Bentham, Jeremy}}</ref> dan menghuraikan tarikfan ini sebagai [[axiom]].
 
Dengan prinsip kegunaan dimaksudkan prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai tolok ukur pokok untuk menilai dan mengambil keputusan apakah suatu tindakan itu secara moral dapat dibenarkan atau tidak. Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna. Suatu tindakan dinilai berguna kalau akibat tindakan tersebut, secara keseluruhan, dengan memperhitungkan semua phak yang terlibat dan tanpa membezakan, membawa akibat baik berupa [[kegembiraan]] atau [[kebahagiaaan]] yang semakin besar bagi semakin banyak orang.
3,940

suntingan