Pasukan operasi khas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pasukan elit''' atau '''pasukan operasi khusus''' merupakan sebuah pasukan penggempur [[tentera|ketenteraan]] profesional yang dilatih khas dalam misi pertempuran bukan konvensional, menyelamat tebusan, peninjauan, kepakaran anti pengganas, serang hendap, pertahanan luar negara dan sebagainya. Pasukan ini tidak memerlukan jumlah unit penggempur biasa baik dari jumlah kompeni mahupun batalion dan kelengkapan senjata yang banyak serta tidak memerlukan jangkamasa pertempuran yang amat panjang. Ini kerana pasukan ini menggempur kedudukan musuh yang ramai dengan jumlah keanggotaan yang kecil, (biasanya menggunakan jumlah seramai 4 hingga 15 anggota) dan dilengkapi dengan sistem persenjataan yang sesuai dalam operasi. Mereka bertindak memusnahkan kedudukan musuh secara mengejut dengan melalui penyusupan dengan senyap, menyerang dan membunuh musuh dengan ketepatan yang tinggi dan memerlukan semanagatsemangat kerjasama pasukan yang kuat serta meletupkan kawasan sasaran tanpa bantuan dari unit artileri mahupun serangan udara.
[[Image:US Navy SEALs in from water.jpg|thumb|right|300px|US Navy SEALs, salah satu pasukan elit Amerika Syarikat yang paling digeruni diseluruh dunia.]]
Pasukan ini juga turut melatih beberapa anggota biasa yang datang dari dalam mahupun luar negara untuk dilatih untuk menjadi pasukan yang sama dengan pasukan elit yang sedia ada. Namun, untuk menjadi sebuah pasukan elit dalam mana-mana organisasi pertahanan, khasnya pasukan tentera dan polis bukannya satu perkara yang mudah. Setiap pegawai dan anggota yang menyertai pasukan ini akan dipilih sama ada sesuai dari segi fizikal dan mentaliti calon-calon tersebut dalam menyertai pasukan tersebut. Setiap latihannya amat mencabar kewibawaan seorang insan biasa, boleh dikatakan pasukan itu dianggap sebagai "manusia luar biasa" ataupun ''super human'' dalam menangani sebarang pertempuran yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pasukan bersenjata yang biasa.