Kerajaan Patani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 14 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q584435
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Baris 22:
|government_type = [[Pemerintahan beraja]]
}}
[[Fail:PataniThailand Pattani locator map.jpgsvg|thumb|Lokasi Patani di [[Asia Tenggara]].]]
 
'''Kerajaan Patani''' ([[Jawi]]: كراجأن ڤتتاني) merupakan sebuah kerajaan awal di [[Tanah Melayu]] yang merangkumi wilayah [[Pattani]], [[Yala]],[[Narathiwat]] dan sebahagian [[Songkhla]] kini. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan [[Siam]]. Mengikut buku ''Hikayat Patani'' pemerintahan Kerajaan Patani diperintah oleh 3 dinasti iaitu
Baris 29:
* Dinasti Kelantan kedua yang diasaskan pada tahun [[1838]] oleh Raja Kampung Laut Long Muhammad bin Raja Muda [[Kelantan]] Long Ismail, dikenali juga sebagai '''Tuan Besar'''/Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad (Al-Marhum Tanjung)<ref>http://www.royalark.net/Malaysia/kelant4.htm</ref> .
 
=== Kegemilangan Patani= ==
 
Zaman kegemilangan Kesultanan Patani ialah dari tahun 1584 hingga 1649 iaitu semasa Patani dibawah pemerintahan raja perempuan/sultanah yang dikenali sebagai Raja-raja Pelangi sempena warna-warna pelangi:
Baris 43:
Untuk menguatkan lagi kerajaan Patani, Kerajaan Patani telah bersekutu dengan [[Kesultanan Johor|Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga]] apabila Raja Ungu yang memakai gelaran Paduka Sultanah Syah Alam telah berkahwin dengan Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghafur dan hasil perkahwinan ini, lahirlah seorang puteri bernama Raja Kuning yang menaiki takhta Patani setelah kemangkatan bondanya pada tahun 1635. Empayar Johor-Pahang telah beberapa kali menghantar bantuan ketenteraan untuk mematahkan serangan-serangan Siam, hasilnya Patani kekal sebagai kerajaan berdaulat hingga ke akhir abad ke 18.
 
=== Kejatuhan Patani= ==
 
Pada pertengahan kurun ke 17, Raja Kuning yang memerintah Patani telah mangkat dan menjadikan negeri Patani huru-hara. [[Raja Sakti I]] dari Kelantan berjaya [[Persekutuan Pattani Besar|menyatukan Patani dan Kelantan]] di bawah pemerintahannya pada tahun 1649. Pemerintahan di Patani selepasnya diterajui oleh puteranya, Raja Bakal yang memerintah dari tahun 1688-1690. Dua orang Raja Perempuan dari Kerajaan Jembal di Kelantan telah menerajui pemerintahan Patani iaitu Raja Mas Kelantan (1670-1698)dan puterinya Raja Mas Cayam yang dikenali juga sebagai Raja Dewi Peracu (1698-1702). Raja Mas Cayam inilah yang menabalkan anak [[Raja Bendahara Pahang|Bendahara Johor]] iaitu Tun Zainal Abidin sebagai Sultan di sungai Terengganu, dalam usahanya pengukuhkan persahabatan dan persekutuan dengan [[Kesultanan Johor|Johor]]. Namun Johor juga mengalami kemerosotan dan tidak mampu melindungi dan menghantar bantuan tentera ke Patani lagi kerana persengketaan di kalangan pembesar Melayu dan Yamtuan Muda Riau (pihak Bugis) pada akhir abad ke 17 dan pada abad ke 18. Siam menyerang Patani pada tahun 1785 dan Kedah pada 1821, dan kedua-dua negeri ini berjaya ditakluki Siam. Berikut ialah kronologi ringkas penaklukan Siam keatas Patani dan Kedah:
Baris 65:
Semenjak penghapusan pemerintahan [[Kesultanan Melayu Patani]], orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di [[wilayah Songkhla]], orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923, [[Tengku Abdul Kadir Kamaruddin]], bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang [[Turki]], telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan [[Pibul Songgram]] (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui [[Dasar Rathaniyom]].
 
[[Fail:PatanimasjidPattani mosque.gifjpg|left|thumb|Sebuah masjid di Patani]]
Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. [[Tengku Mahmood Mahyideen]] Bin Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di [[India]] supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.
 
Baris 84:
Selepas Persidangan Songkhla pada awal Januari [[1949]], pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. [[GEMPAR]] juga telah diharamkan. [[Tengku Mahmood Mahyideen]] telah ditekan manakala [[Haji Sulung]] dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.
 
=== Kebangkitan Pertubuhan Pemisahan Patani= ==
 
Pertubuhan pemisah Melayu sejak selepas Perang Dunia Kedua<ref>http://www.angelfire.com/jazz/pulo99_2000/sejarah.html</ref>: