Perentak jantung buatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Fail Perentak2.JPG telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh INeverCry
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Fail Icd.JPG telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh INeverCry
Baris 66:
 
== Peranti lain yang hampir sama dengan perentak jantung ==
 
[[File:Icd.JPG|thumb|300px|Implantable Cardioverter Defibrillator]]
'''''Implantable cardioverter defibrillator''''' (ICD) adalah alat yang hampir sama fungsinya dengan perentak jantung tetapi alat ini lebih besar berbanding perentak jantung. ICD terdiri daripada generator, satu atau lebih plumbum dan elektrod pada setiap plumbum. Kebanyakan ICD yang terbaru boleh bertindak sebagai perentak jantung dan defibrillators. Denyutan jantung yang semakin laju akan dikesan oleh ICD dan ICD akan segera menghantar kejutan elektrik untuk menstabilkan semula denyutan jantung tersebut. Selain itu, ICD juga mempunyai satu lagi jenis rawatan untuk sesetengah irama denyutan jantung yang laju iaitu dipanggil ''anti-tachycardia pacing'' (ATP). Apabila ATP digunakan, dedenyut perentak yang laju akan dihantar untuk membetulkan kembali irama tersebut kepada normal. Selepas kejutan dihantar, mod simpanan perentak akan digunakan jika perlu tetapi ia hanyalah untuk sementara waktu sahaja. Prosedur untuk memasukkan ICD adalah sama dengan perentak jantung. Prosedur ini biasanya dilakukan didalam Makmal Elektrofisiologi (EP) atau Makmal ''Catheterization'' Jantung. Perbezaan di antara ICD dengan perentak jantung adalah ICD menggunakan tenaga denyutan elektrik yang rendah untuk mengembalikan irama denyutan jantung kepada normal. Tetapi sekiranya irama denyutan jantung tidak kembali kepada normal, ICD akan menggunakan tenaga denyutan elektrik yang tinggi sehingga ventrikal jantung bergetar dan irama denyutan jantung kembali normal. Manakala perentak jantung hanya mengunakan tenaga denyutan elektrik yang rendah dan hanya digunakan untuk merawat irama denyutan jantung yang kurang berbahaya.