Novel visual: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Laman baru: {{nihongo|'''Novel visual'''|ビジュアルノベル|bijuaru noberu}} merupakan sejenis permainan video cereka interaktif yang terdiri daripada beberapa gambar-gambar grafik statik,...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:15, 8 Julai 2007

Novel visual (Jepun: ビジュアルノベル, Hepburn: bijuaru noberu) merupakan sejenis permainan video cereka interaktif yang terdiri daripada beberapa gambar-gambar grafik statik, seringkali berkait rapat dengan seni ala-anime. Novel visual sebenarnya berupa novel bercampur media. Permainan video dalam genre ini dirujuk juga sebagai dating sims di Barat, disebabkan novel visual dikelaskan sebagai sub-genre kepada permainan video pengembaraan (adventure games) dan bukan permainan video simulasi (simulation games). Ini telah mengakibatkan kekeliruan dengan genre lain yang dikenali sebagai dating sim yang berkongsi fomat yang hampir sama dengan novel-novel visual, namun corak permainannya berdasarkan statistik.

Dalam budaya Jepun, suatu perbezaan sering dibuat di antara novel visual benar (singkatannya 'NVL') dan permainan video pengembaraan (singkatannya 'AVG' atau 'ADV'): perbezaan utamanya terletak di atas elemen persembahan teks-teks sesuatu judul itu, yang melapisi imej-imej dalam novel visual, dan dilindungi sebuah kotak di bahagian bawah skrin. Perbezaan ini selalunya tidak diikuti dalam Inggeris, di mana permainan video pengembaraan adalah genre yang jauh berbeza.