Pasar raya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 45 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q180846
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Pasar raya biasanya mengambil ruang lantai yang besar di satu aras dan didirikan berdekatan kawasan perumahan agar memudahkan para pengguna. Tarikan asasnya ialah adanya aneka pilihan yang banyak di bawah satu bumbung pada harga yang agak rendah. Kelebihan-kelebihan lain termasuk kemudahan letak kereta dan, biasanya, kemudahan waktu perniagaan sehingga malam. Pasar raya biasanya berbelanja besar untuk pengiklanan dalam akhbar atau media lain dan sering membentangkan paparan dalam gedung yang jelas untuk produk-produknya. Lazimnya, pasar raya juga sebahagian [[kedai rantaian]] yang memiliki atau mengawal pasar raya lain (kadang-kala di bawah [[francais]]) yang terletak di bandar yang sama atau berlainan; ini meningkatkan peluang mencapai [[ekonomi bidangan]].
 
Pasar raya biasanya menawarkan produk, pada harga rendah agar mengurangkan [[margin]]. Produk-produk tertentu (biasanya makanan ruji seperti roti, susu dan gula) sering dijual sebagai ''[[loss leader]]'', iaitu bermargin negatif. Untuk memastikan ke[[untung]]an, pasar raya cuba menutup margin rendah dengan jumlah hasil jualan keseluruhan yang tinggi, dan jualan barangan bermargin tinggi. Pelanggan biasanya membeli-belah dengan meletakkan barangan mereka ke dalam [[troli]] atau bakul lalu membayar untuk pembelian barangan di [[tempat jual|kaunter penyemakan]]. Kini, sebilangan besar rantaian pasar raya cuba mengurangkan lagi kos pekerja dengan beralih ke mesin penyemakan layan diri, di mana sekelompok mesin digunakan di bawah pemerhatian seorang pembantu.
 
Pasar raya perkhidmatan penuh lebih besar yang digabungkan dengan [[gedung serbaneka]] kadang-kala dikenali sebagai [[pasar raya besar]]. Perkhidmatan lain yang juga boleh ditawarkan oleh pasar raya termasuk [[bank]], [[kedai kopi]], [[jagaan harian|asuhan bayi]], pencucian foto, [[penyewaan video]], [[farmasi]] dan/atau [[stesen minyak]].