Perbezaan antara semakan "Grand Prix Bahrain 2006"

k
tiada ringkasan suntingan
k
'''Grand Prix Bahrain 2006''' (nama rasmi: '''III Gulf Air Bahrain Grand Prix''') ialah sebuah perlumbaan bermotor [[Formula Satu]] yang diadakan di [[Litar Antarabangsa Bahrain]] di Sakhir, [[Bahrain]] pada 12 Mac 2006. Ia merupakan perlumbaan pertama dalam kalendar Formula Satu [[Formula Satu musim 2006|musim 2006]], dan merupakan Grand Prix Bahrain yang ketiga. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 57 pusingan ini dimenangi oleh Juara Dunia tahun 2005, [[Fernando Alonso]], dari pasukan [[Renault F1|Renault]]. Pemandu [[Scuderia Ferrari|Ferrari]], [[Michael Schumacher]], memulakan musim terakhirnya dalam Formula Satu, (sebelum beliau kembali untuk menyertai pasukan [[Mercedes Grand Prix|Mercedes]] pada tahun 2010) mendapat tempat kedua. [[Kimi Räikkönen]], dari pasukan [[McLaren]], mendapat tempat ketiga, walaupun bermula dari tempat terakhir.
Ini merupakan perlumbaan Grand Prix yang pertama bagi [[Nico Rosberg]], anak kepada Juara Dunia, [[Keke Rosberg]], yang berlumba dengan pasukan [[WilliamsF1|Williams]]. Beliau menetapkan masa [[pusingan terpantas]] perlumbaan, dan masih memegang rekod untuk menjadi pemandu termuda untuk berbuat demikian, pada usia 20 tahun dan 144 hari. Ini juga merupakan perlumbaan pertama bagi pasukan [[Scuderia Toro Rosso|Toro Rosso]], [[Midland F1 Racing|Midland F1]], dan [[Super Aguri F1|Super Aguri]], dan pemandu, [[Scott Speed]] dan [[Yuji Ide]].
 
==Laporan==
7,001

suntingan