Tok Ku Paloh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Udinalyahya (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Mentaloon (bincang | sumb.)
Baris 46:
 
Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.
Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh [[Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]], [[Tok Gajah]] dan [[Mat Kilau]] hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan dan Kesultanan Melayu sendiri yang memihak kepada penjajah.
“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.
“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.”