Perang Naning: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mentaloon (bincang | sumb.)
Mentaloon (bincang | sumb.)
Baris 3:
== Sejarah ==
Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa [[Naning]] membayar [[cukai tanaman]] sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa, tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu<ref>Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 458</ref>.
 
 
Dato' [[Dol Said]] yang ketika itu menjadi Penghulu Naning membantah perintah membayar cukai tersebut iaitu sebanyak 10% hasil pendapatan tanaman. Berikutan itu, pada tanggal 15 Julai tahun [[1831]], satu pasukan seramai 150 orang askar [[Sepoi]] bersama 2 buah meriam diarah oleh Resident Councillor Ibbetson untuk menyerang Dato Dol said di Taboh. Dol Said berjaya meyakinkan Yamtuan Muda Rembau Raja Ali untuk bersekutu dengannya dan menghantar ratusan pahlawan Rembau untuk membantu petahanan Naning. Rakyat Naning dan Rembau ketika itu bersatu menentang penjajahan.
 
 
Apabila tiba waktu untuk menyerang, pasukan Penjajah menyalah anggap bentuk rupa bumi yang dilitupi hutan tebal dan dipenuhi semak samun yang menyukarkan perjalanan untuk ke Naning. Tentera melayu mengambil tindakkan mengelak dari bertempur tentera British secara terbuka dan mengambil kesempatan kelemhan pihak penjajah dengan bertempur secara perang gerilla. Strategi ini terbukti amat berkesan dan pihak penjajah mengalami kekalahan teruk yang amat memalukan.
Baris 11 ⟶ 13:
Akibat kekalahan teruk yang dialami penjajah. Pihak British membuat perancangan khusus membabitkan penghantaran pasukan tentera yang lebih besar merangkumi 1200 tentera beersenapang dan meriam. Pihak penjajah juga menghantar utusan ke Rembau yang berjaya meyakinkan Yamtuan Muda Rembau Raja Ali bahawa pihak British tidak akan menyerang Rembau sekiranya baginda memutuskan hubungan sekutunya dengan Naning dan berjanji memberikan pemerintahan bebas kepada Rembau. Raja Ali bersetuju dengan permintaan British. Selang beberapa bulan berikutnya, Raja Ali menghantar tenteranya bagi membantu pihak penjajah memerangi Dol Said di Naning. Tindakan ini dikecam sebagai pengkhianatan besar kepada kedaulatan dan maruah bangsa Melayu. pada bulan Mac 1932, Colonel Herbert mengetuai serangan ke atas Naning berjaya menewaskan Dol said yang terpaksa berundur. Dalam tempoh empat bulan lepas serangan itu, Naning jatuh ke tangan penjajah pada [[15 Jun]] 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan [[Negeri-negeri Selat]] pada [[27 Oktober]] 1832.
 
 
Pasukan penentangan Dato Dol Said tewas di tangan pihak penjajah setelah tidakdikhianati mendapatpemerintah sokonganMelayu daridi sekutuRembau tentera Melayu lain bagidalam serangan kali kedua itu. Beliau ditangkap di Sri Menanti,dan kemudian dilepaskan dan diberi habuan pencen oleh pihak British dengan syarat tidak lagi mengetuai pemberontakkan terhadap British.
 
 
Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan [[Taboh Naning]].