Istana Budaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 15:
 
Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya'akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada wau bulan tradisional yang sedang terbang. <ref>http://www.istanabudaya.gov.my/page.cfm?ID=EEEC43B3-EAEB-4959-BA1C095403A2B115</ref> Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk 'junjung sirih', satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.
 
Sepertimana reka dalaman rumah tradisional [[Melayu]], bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu "serambi" sebagai lobi dan ruang legar, "rumah ibu" atau ruang utama sebagai auditorium, dan "dapur" sebagai pentas dan dewan raptai.
 
Rekaan dalaman bangunaan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari [[Langkawi]] dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan untuk membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, [[Mak Yong]] dan [[wayang kulit]]. <ref>http://malaysia.travel/consumer/destinations/item.asp?item=istanabudaya</ref>
 
==Objektif==