Pilihan raya umum Malaysia 1995: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 9:
Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam [[Dewan Rakyat]], ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr. Mahathir.
Parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 34.8% daripada jumlah undi, dengan 30 kerusi yang tinggal, iaitu 15.6% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Jumlah undinya merupakan rekod yang terendah dalam pilihan raya ini sejak kemerdekaan, berbanding rekod yang lama sebanyak 39.3%. Bagaimanapun, perwakilan parti-parti pembangkang dalam Dewan Rakyat bukannya rekod yang terendah sejak kemerdekaan, tetapi rekod yang ketiga terendah. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, [[Lim Kit Siang]] daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
==Lihat juga==
|