Yazid bin Muawiyah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.173.63 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 183.171.171.255
Baris 20:
== Legenda ==
Yazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan [[Kerajaan Bani Ummaiyyah]]. Dia meneruskan kebanyakan daripada polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar [[Damsyik]]. Anaknya, [[Muawiyah II]] menggantikannya sebagai [[khalifah]].
 
Ibn Kathir dalam buku sejarahnya yang masyhur, al-Bidayah wa al-Nihayah berkata, ".. Ibn Asakir telah melaporkan banyak cerita yang mencerca Yazid Bin Muawiyah tetapi semuanya ternyata palsu.."
 
Ibn al-Solah, seorang ulama' hadis yang masyhur, juga menjelaskan bahawa semua cerita tentang pembunuhan Husayn oleh Yazid adalah bohong. Bahkan para sarjana lain seperti Ibn al-Arabi, Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, turut menafikan cerita tersebut. Bahkan mereka menyifatkan Yazid tidak merestui pun, pembunuhan itu.
 
Yazid Menurut Gambaran Imam Bukhari
 
Bagi saya, daripada kita mempercayai tulisan sejarah para sarjana yang mana sandaran dan sumbernya boleh dipertikaikan itu, cukuplah bagi kita untuk menerima hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari rh. yang mana kita semua memperakui karya Bukhari sebagai sumber hadis yang paling sahih. Ummu Haram menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Tentera pertama yang berperang menggunakan jalan laut telah pasti akan mendapat Syurga Allah. Kata Ummu Haram, "Adakah aku termasuk di kalangan mereka?" Rasulullah menjawab, "Ya, kamu di kalangan mereka", Nabi s.a.w berkata lagi, "dan pasukan tertera terawal di kalangan umatku yang menyerang negara Qaisar (Konstantinopel), maka telah diampunkan bagi mereka dosa-dosa mereka. Ummu Haram bertanya lagi, "aku termasuk di kalangan mereka?" Rasulullah s.a.w berkata, "Tidak" [Bukhari, Kitab Jihad, No 2707/ Muslim, Kitab Imarah, 3535].
 
== Lihat Juga ==