Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 5 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q282136
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 137:
 
Sekiranya kelakuan yang dikehendaki hanyalah bayaran hutang yang boleh dibuktikan, maka seksyen 49 [[Akta Jualan Barangan 1979]] membenarkan [[tindakan ringkas]] untuk harga barangan atau perkhidmatan, maka peraturan tatacara mahkamah yang lebih pantas dituruti. Para pengguna juga mendapat faedah di bawah seksyen-seksyen 48A-E, dengan hak nyata untuk mendapatkan pembaikpulihan produk yang rosak. Suatu kontrak boleh ditafsir sebagai merangkumi "obligasi keseluruhan", dengan mensyraratkan kelakuan di belah satu pihak terlebih dahulu sebelum pihak satu lagi sebagai [[syarat duluan]]. Peraturan ini turut memanfaatkan pihak yang tidak melakukan pelanggaran dalam keadaan di mana dia dipaksa menerima kelakuan sedia ada. Dalam kes ''[[Sumpter lwn Hedges]]''<ref>[1898] 1 QB 673</ref> seorang pembina yang membiarkan kontrak selepas melakukan kerja bernilai £333 tidak boleh menuntut wang untuk pembangunan di atas tapak binaan meskipun digunakan oleh pembeli untuk menyiapkan kerja itu (meskipun dibolehkan menuntut semula sesetengah bahan binaan). Peraturan ini memberikan remedi yang menguntungkan pengguna dalam kes pembangunan rumah. Maka dalam kes ''[[Bolton lwn Mahadeva]]''<ref>[1972] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1972/5.html EWCA Civ 5]</ref> Encik Bolton tidak boleh menutut untuk sistem pemanas berharga £560 yang tidak berfungsi baik dan memerlukan £174 untuk dibaikpulih (iaitu 31% dari harga asal) yang telah dipasangnya dalam rumah Encik Mahadeva. Tetapi apabila obligasi dalam kontrak "telah dilakukan secara substantial" maka harga keseluruhan mesti dibayar ditolak dengan jumlah yang mencerminkan pelanggaran. Maka dalam kes ''[[Hoenig lwn Isaacs]]''<ref>[1952] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/6.html EWCA Civ 6], [1952] 2 All ER 176. See also, ''[[Jacob & Youngs v. Kent]]'', [http://www.courts.state.ny.us/reporter/archives/jacob_kent.htm 230 NY 239] (1921)</ref> Denning LJ memutuskan bahawa pembina yang memasang rak buku secara tidak sempurna dengan harga £750 tetapi hanya memerlukan £55 untuk dibetulkan (iaitu 7.3% dari harga asal) perlu dibayar ditolak dengan kos pembetulan itu.<ref>Anomalously, given that employment contracts are to be intellectually segregated from the law on general contracts, ''[[Gisda Cyf v Barratt]]'' [2010] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKSC/2010/41.html UKSC 41], [39], the doctrine against payment for insubstantial performance was deployed in the 1980s against trade union members who through industrial action worked 3 hours less than their 37 hour week, or refused to answer telephone enquiries from their employers but were otherwise at work.''[[Miles v Wakefield Borough Council]]'' [1987] AC 539 and ''[[Wilusynski v London Borough of Tower Hamlets]]'' [1989] ICR 493. This is reminiscent of ''[[Cutter v Powell]]'' [1795] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/KB/1795/J13.html EWHC KB J 13], where a widow could recover no wages on behalf of her husband who died aboard a ship bound back from Jamaica but who had given service for most of the voyage.</ref>
 
===Kemustahilan dan kesilapan lazim===
{{main|Kemustahilan dalam undang-undang Inggeris|Kesilapan dalam undang-undang Inggeris}}
[[File:Surrey Music Hall.jpg|thumb|left|Kebakaran [[Dewan Muzik Surrey]] dalam kes ''[[Taylor lwn Caldwell]]''<ref>[1863] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/QB/1863/J1.html EWHC QB J1]</ref> [[Kemustahilan dalam undang-undang Inggeris|memustahilkan]] kontrak untuk menggunakan dewan berkenaan.]]
Meskipun dalam ''common law'' zaman silam mahkamah-mahkamah Inggeris sering menegaskan bahawa kelakukan kontrak harus [[liabiliti mutlak|dilaksanakan dalam apa jua keadaan pun]] tanpa mengira kesusahan yang melanda pihak-pihak terlibat<ref>''[[Paradine v Jane]]'' [1647] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/KB/1647/J5.html EWHC KB J5], (1647) Aleyn 26</ref> dalam abad ke-19 mahkamah-mahkamah mula mengambil pendekatan berbeza dengan memutuskan bahawa kontrak-kontrak yang mustahil dilaksanakan dikatakan mustahil dan secara automatiknya ditamatkan. Dalam kes ''[[Taylor lwn Caldwell]]'' [[Blackburn J]] memutuskan bahawa apabila [[Dewan Muzik Taman Surrey]] secara kebetulannya hangus terbakar, pemilik-pemiliknya tidak perlu membayar ganti rugi kepada perniagaan yang menyewanya untuk persembahan, kerana ia bukannya kesilapan mana-mana pihak. Satu "[[syarat duluan]]" pada kesemua kontrak adalah bahawa ia mestilah boleh dilakukan. Manusia lazimnya tidak akan berjanji untuk melakukan sesuatu yang mustahil. Selain daripada kemustahilan fizikal, kemustahilan juga berlaku apabila suatu kontrak menjadi menyalahi undang-undang untuk dilaksanakan, secara contoh apabila perang meletus dan kerajaan mengharamkan perdagangan dengan negara musuh,<ref>e.g. ''[[Fibrosa Spoka Akcjna v Fairbairn Lawson Combe Barbour Ltd]]'' [1943] AC 32</ref> atau apabila tujuan suatu perjanjian tidak lagi wujud, seperti menyewa bilik untuk melihat perarakan pertabalan yang telah dibatalkan.<ref>See ''[[Krell v Henry]]'' [1903] 2 KB 740, but contrast ''[[Herne Bay Steam Boat Co v Hutton]]'' [1903] 2 KB 683, which is typically said to be distinct on the basis that the claimant could still substantially enjoy the boat trip anyway.</ref> Tetapi suatu kontrak tidaklah mustahil hanya disebabkan berlakunya sesuatu yang menjadikan perlaksanaannya lebih sukar, seperti dalam kes ''[[Davis Contractors Ltd lwn Fareham UDC]]'' di mana seorang pembina terpaksa menggunakan lebih banyak wang dan masa untuk menyiapkan kerja berbanding dengan upahnya kerana kekurangan tenaga buruh dan bekalan yang tidak dapat dijangka. Dewan Pertuanan menolak tuntutannya untuk kontrak diisytiharkan mustahil untuk membolehkannya menuntut ''[[quantum meruit]]''.<ref>[1956] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/1956/3.html UKHL 3], [1956] AC 696. Also, see ''[[Maritime National Fish Ltd v Ocean Trawlers Ltd]]'' [1935] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKPC/1935/1.html UKPC 1], [1935] AC 524, the frustrating event must be unforeseeable.</ref> Disebabkan doktrin kemustahilan ini berpandukan tafsiran kontrak, ia boleh dielakkan melalui klausa-klausa "force majeure".<ref>e.g. ''[[Joseph Constantine Steamship Line Ltd v Imperial Smelting Corporation Ltd]]'' [1942] AC 154</ref> Suatu kontrak juga boleh punyai klausa force majeure yang menjadikannya lebih senang ditamatkan daripada tafsiran ''common law''. Dalam kes ''[[Lauritzen A.S. lwn Wijsmuller B.V, (The Super Servant Two) |The Super Servant Two]]''<ref>Also known as ''[[J Lauritzen AS v Wijsmuller BV]]'' [1989] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1989/6.html EWCA Civ 6], [1990] 1 Lloyd’s Rep 1</ref> Wijsmuller BV berkontrak untuk menyewa tongkang boleh pusing kepada J Lauritzen AS, yang mahu menarik suatu kapal dari [[Jepun]] ke [[Rotterdam]], tetapi mempunyai peruntukan bahawa kontrak akan terbatal sekiranya berlakunya sesuatu yang berkait 'kebahayaan dan kemalangan di lautan'. Wijsmuller BV juga mempunyai pilihan untuk menyediakan sama ada ''The Superservant One'' atau ''Two''. Mereka pilih ''Two'' dan ianya karam. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kemustahilan untuk melaksanakan janji adalah disebabkan pilihan yang dibuat oleh Wijsmuller dan kontrak tidaklah dianggap mustahil, tetapi klausa force majeure memang merangkuminya. Kesan daripada kontrak mustahil adalah bahawa kedua-dua pihak dilepaskan daripada terikat dengan janji-janji mereka. Sekiranya satu pihak telahpun membayar wang atau apa jua balasan berharga, tetapi masih belum mendapat apa-apa tukaran, bertentangan dengan kedudukan ''common law'' sebelumnya,<ref>See ''[[Appleby v Myers]]'' (1867) LR 2 CP 651, ameliorated by ''[[Fibrosa Spoka Akcjna v Fairbairn Lawson Combe Barbour Ltd]]'' [1942] [http://www.bailii.org/uk/cases/UKHL/1942/4.html UKHL 4], [1943] AC 32, where if consideration failed totally, money could be recouped.</ref> [[Akta Pembaharuan Undang-Undang (Kontrak Mustahil) 1943]] memberikan mahkamah budi bicara untuk membenarkan plaintif menuntut 'jumlah berpatutuan',<ref>[[LRFCA 1943]] s 1(2) refers to money, and s 1(3) refers to non-monetary benefits.</ref> dan ini bermaksud apa yang mahkamah fikirkan berpatutan dalam keadaan yang timbul.<ref>See ''[[BP Exploration Co (Libya) v Hunt (No 2)]]'' [1979] 1 WLR 783; [1982] 1 All ER 925, per Lawton LJ. Goff J in the High Court would have held that an objective assessment of unjust enrichment should guide the court, with less discretion. See also ''[[Gamerco SA v ICM Fair Warning (Agency) Ltd|Gamerco SA v ICM Fair Warning Ltd]]'' [1995] EWHC QB 1.</ref>
 
==Lihat juga==