Baitulmuqaddis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 34:
Enam tahun kemudian, [[Qubbat As-Sakhrah]] dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat [[Nabi Muhammad s.a.w.]] berdiri sebelum naik ke [[syurga]] semasa peristiwa [[Israk Mikraj]]. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti [[Masjid Al Aqsa]] di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal [[Islam]], terutamanya semasa pemerintahan kerajaan [[Ummaiyyah]] (650-750) dan kerajaan [[Abbasiyyah]] (750-969), kota Baitulmuqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmuqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di [[Palestin]].
 
[[Fail:R518559884Path to Rock-Dome.jpg|200px|left|thumb|Pemandangan kaum wanita [[Muslim]] Baitulmuqaddis di [[Al Haram Al Sharif]] berlatar belakangkan [[Qubbah AlQubbat As-Sakhrah]]]]
Pemerintahan awal [[Islam]] juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan [[Al-Hakim Amr Allah]], seorang khalifah kerajaan [[Fatimiyyah]], beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya [[Perang Salib]]. Pada tahun [[1099]], tentera [[Kristian]] [[Eropah]] menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan [[Kristian]] yakni [[Muslim]] dan [[Yahudi]].