Perbezaan antara semakan "Pilihan raya umum Malaysia 2013"

tiada ringkasan suntingan
Pemerintah [[Barisan Nasional]] (BN) memenangi [[pilihan raya umum Malaysia 2008|pilihan raya umum 2008]] dengan 140 kerusi, menjadikannya keputusan terburuk gabungan itu sejak [[pilihan raya umum Malaysia 1969|pilihan raya 1969]] (sebagai [[Parti Perikatan]]). Gabungan pembangkang [[Pakatan Rakyat]] (PR) mendapat 82 kerusi, dengan itu menghalang BN mendapat [[supermajoriti#Majoriti dua pertiga|majoriti dua pertiga]] yang diperlukan untuk meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat juga mendapat lima daripada 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) (namun tinggal empat selepas [[krisis politik Perak 2009|krisis politik Perak]]) serta 10 daripada 11 kerusi parlimen di [[Kuala Lumpur|Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur]].
 
===Barisan Nasional=== {{Logo kecil BN}} ===
Selepas keputusan "kurang memberansangkan" ini, Perdana Menteri [[Abdullah bin Ahmad Badawi]] mengumumkan pada 8 Oktober 2008, yang beliau akan mengundurkan diri, sebagai Perdana Menteri dan presiden [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]].<ref>[http://www.iht.com/articles/2008/10/08/asia/malay.php Malaysia's leader to step down as party loses clout], (International Herald Tribune), 8 Oktober 2008.</ref><ref>[http://www.radioaustralia.net.au/news/stories/200810/s2385880.htm?tab=asia Badawi to step down as Malaysia's PM in March], (ABC Radio Australia), 8 Oktober 2008.</ref> Pemilihan presiden baharu diadakan semasa [[Perhimpunan Agung UMNO 2009]], di mana Timbalan Perdana Menteri [[Mohd Najib bin Abdul Razak]] menang selepas menjadi calon tunggal yang layak bertanding.<ref>[http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5gee0HQDakZhTyH0OADiv9B1zjQuQD975QH380 Malaysia's Najib 1 step away from premier's post], (Associated Press), 26 Mac 2009.</ref> Pada 2 April 2009, Dato' Seri Abdullah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada [[Sultan Mizan Zainal Abidin]]. Pada 3 April, Dato' Seri Najib mengangkat sumpah sebagai [[Perdana Menteri Malaysia]] ke-6 di hadapan baginda.<ref>[http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapacific/view/419844/1/.html Malaysia's Najib sworn in as new prime minister], (Channel News Asia), 3 April 2009.</ref>
 
===Pakatan Rakyat=== {{Logo kecil PKR}}{{Logo kecil PAS}} {{Logo kecil DAP}} ===
Bekas [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] dan Ketua Pembangkang [[Anwar Ibrahim]], juga ketua [[Pakatan Rakyat]] kembali ke parlimen selepas 10 tahun apabila memenangi [[pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008|pilihan raya kecil Permatang Pauh]] pada Ogos 2008. Isteri beliau, yang juga ketua [[Parti Keadilan Rakyat]], [[Wan Azizah Wan Ismail]] meletak jawatan Ahli Parlimennya supaya Dato' Seri Anwar dapat bertanding dan seterusnya kembali ke parlimen. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya Mac 2008 kerana undang-undang tidak membenarkan seseorang yang dipenjara bertanding buat tempoh lima tahun selepas [[kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1998|hukumannya berakhir]], iaitu sehingga April 2008.
 
3,725

suntingan