Perbezaan antara semakan "Pilihan raya umum Malaysia 2013"

 
Dua hari sebelum penaman calon, [[Pendaftar Pertubuhan]] (RoS) menghantar surat kepada DAP menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mungkin tidak sah. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan PKR.<ref>{{cite news |author=Lim Kit Sinag |title=DAP use of PAS and PKR symbols a game changer? |url=http://www.malaysiakini.com/news/227388 |newspaper=Malaysiakini |date=19 Apr 2013 |accessdate=19 April 2013}}</ref> Malam sebelum penamaan calon, RoS memaklumkan DAP boleh menggunakan simbol sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=ROS responds, no objection to DAP logo use |url=http://www.malaysiakini.com/news/227413 |newspaper=Malaysiakini |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun sebagai langkah berjaga-jaga, calon DAP membawa dua surat watikah pada hari penamaan calon, satu daripada DAP manakala satu lagi daripada PAS (di Semenanjung Malaysia) atau PKR (Malaysia Barat).<ref>{{cite news |author= |title=GE13: DAP to use rocket if RO accepts, says Guan Eng |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/19/nation/20130419192424&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=19 April 2012 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=DAP guna simbol sendiri |url=http://www.sinarharian.com.my/dap-guna-simbol-sendiri-1.152188 |newspaper=Sinar Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>
 
PRU-13 mencatat sejarah tersendiri berikutan kemunculan paling ramai calon bebas. Sebelum ini, calon bebas lebih banyak mewarnai pilihan raya di Sabah dan Sarawak, namun kali ini fenomena sama turut berlaku di negeri di Semenanjung. Ini juga menyebabkan banyak kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan lebih. Kerusi paling ramai menyaksikan calon bertanding ialah dua DUN Sabah iaitu Kalabakan dan Sulabayan, yang membabitkan pertandingan tujuh penjuru.<ref>{{cite news |author= |title=PRU13: Calon Bebas warnai pilihan raya kali ini |url=http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_CalonBebaswarnaipilihanrayakaliini/m/mArticle |newspaper=Berita Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>
 
Antara kejutan pada hari penamaan calon ialah calon bebas [[Ibrahim Ali (Malaysia)|Ibrahim Ali]] yang juga Presiden Perkasa akan mempertahankan kerusi parlimennya menentang calon PAS [[Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz]] sahaja. Calon BN bagi Pasir Mas Che Johan Che Pa walaupun hadir di pusat pencalonan tidak menghantar borang beliau.<ref>{{cite news |author= |title=BN pulls out, Ibrahim Ali in straight fight for Pasir Mas |url=http://www.malaysiakini.com/news/227426 |newspaper=Malaysiakini |date=20 Apr 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref><ref>{{cite news |author= |title=BN makes way for another Perkasa zealot as candidate |url=http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7085-bn-makes-way-for-another-perkasa-zealot-as-candidate.html |newspaper=Harakahdaily |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>
 
== Rujukan ==
65,394

suntingan