Peranti bantuan ventrikel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
baiki
baiki
Baris 109:
Jika pesakit mempunyai penyakit jantung yang kritikal sebelum rawatan ‘VAD’, badan pesakit akan menjadi lemah dan paru – paru pesakit mungkin tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, pesakit masih memerlukan ventilator selama beberapa hari selepas pembedahan. Keadaan ini bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri. Apabila pesakit mula bangun daripada pembedahan ‘VAD’, pesakit akan berada di dalam unit penjagaan rapi (ICU). . Pesakit juga mungkin perlu memdapatkan makanan melalui tiub suapan. Pasakit akan diberikan tiub intravena (IV) untuk menyakurkan cecair dan makanan. Pesakit akan mempunyai tiub di dalam pundi kencing untuk mengalirkan air kencingdan satu lagi tiub untuk mengalirkan darah dan cecair dari dada dan jantung pesakit. Selepas beberapa hari, (bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit) pesakitakan dipindahkan ke wad biasa. Jururawat yang berpengalaman dengan ‘VAD’ akan menjaga pesakit tersebut. Pesakit juga boleh mandi seperti biasa dan akan di ajar bagaimana hendak menjaga alat bantuan ventrikular semasa mandi. Di hospital, jururawat dan ahli terapi fizikal akan membantu pesakit untuk meningkatkan kekuatan fizikal secara berperingkat dengan melakukan pelbagai aktiviti.
 
==Siapa yang memerlukan peranti pembantu ventrikal?==
==SIAPA YANG MEMERLUKAN PERANTI PEMBANTU VENTRIKAL?==
Anda boleh mendapat manfaat daripada peranti pembantu ventrikal jika jantung anda tidak berfungsi dengan baik kerana penyakit jantung. Penyakit jantung boleh menghalang jantung anda daripada mengepam darah yang mencukupi untuk badan anda.
 
Peranti pembantu ventrikal boleh membantu menyokong jantung anda:
*Semasa atau selepas pembedahan, sehingga jantung anda pulih.
*Apabila sedang menunggu untuk pemindahan jantung.
*Jika anda tidak layak untuk pemindahan jantung. (Peranti pembantu ventrikal boleh menjadi penyelesaian jangka panjang untuk membantu jantung anda bekerja lebih baik.)
 
==Peranti pembantu ventrikal Jangka Pendek ==