Peranti bantuan ventrikel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
baiki
kemas
Baris 76:
* Tempoh hayat tidak lama
 
==Sesuatu perkara yang dijangkakan dalam pembedahan==
==APA YANG DAPAT DIJANGKAKAN DALAM PEMBEDAHAN==
===SEBELUMSebelum===
Sebelum mendapatkan alat bantuan ventricular, anda akan berada di hospital untuk penyediaan pembedahan. Kebanyakan pesakit akan berada di hospital untuk mendapatkan rawatan bagi kegagalan jantung. Pada waktu ini, pesakit akan didedahkan mengenai Peranti Bantuan Ventrikel (VAD) dan bagaimana untuk menggunakan VAD.
Pesakit dan penjaga akan menghabiskan masa bersama pakar bedah, pakar kardiologi dan jururawat untuk mengetahui maklumat lengkap mengenai VAD. Antaranya ialah:
* Bagaimana VAD berfungsi
* Bagaimana cara yang selamat untuk mengendalikan VAD
* Bagaimana untuk mentafsir dan bertindak balas terhadap penggera (peranti ini akan memberi amaran jika kuasa rendah atau tidak berfungsi dengan betul)
* Bagaimana untuk memberi sokongan dalam kes kecemasan seperti kehilangan kuasa elektrik
* Bagaimana pesakit perlu melakukan rutin harian dengan adanya VAD
* Bagaimana VAD boleh menjejaskan perjalanan
 
Doktor akan memastikan keadaan pesakit cukup stabil untuk melakukan pembedahan. Jika badan pesakit terrlalu lemah, pesakit perlu mendapatkan makanan tambahan melalui tiub suapan sebelum pembedahan.
Pesakit perlu menjalani ujian untuk memastikan pesakit sudah bersedia melakukan pembedahan. Antara ujian-ujian yang dilakukan ialah:
* Ujian darah
Dilakukan untuk memeriksa keadaan hati dan buah pinggang pesakit
Menguji tahap sel-sel darah dan bahan kimia
* X-Ray
Mengambil gambaran struktur dalaman dada seperti jantung dan paru-paru. Ini dapat membantu doctor untuk melakukan persediaan awal
* Elektrokardiogram (EKG)
Memeriksa keadaan jantung pesakit sebelum pembedahan
Merekodkan aktiviti elektrik jantung
* Echocardiography
Menggunakan gelombang bunyi untuk menwujudkan gambaran terperinci mengenai jantung
Gema ini menunjukkan saiz dan bentuk jantung pesakit dan bagaimana keadaan kebuk dan injap jantung pesakit.
 
 
===SEMASASemasa===
Pembedahan alat bantuan ventrikular biasanya akan mengambil masa antara 4 hingga 6 jam. Proses ini sama seperti pembedahan jantung yang lain. Sebelum pembedahan pesakit akan diberikan sejenis ubat yang akan membuatkan pesakit tidur supaya tidak merasai sebarang kesakitan. Tanda – tanda penting yang akan diperhatikan sepanjang pembedahan seperti degupan jantung, tekanan darah, tahap oksigen dan pernafasan. Satu tiub penafasan yang akan dimasukkan melalui kerongkong pesakit ke dalam paru – paru untuk disambungkan kepada ventilator (mesin yang menyokong pernafasan).
Pakar bedah akan membuat potongan bawah pusat dada pesakit. Kemudian, akan memotong dada dan membuka tulang rusuk untuk mencapai jantung pesakit bagi memulakan pembedahan. Pesakit akan diberikan ubat untuk menghentikan jantung semasa pembedahan dilakukan. Sebuah mesin pintasan jantung – paru-paru akan memastikan darah yang mempunyai oksigen bergerak melalui badan pesakit semasa pembedahan dilakukan (sesetengah pembedahan ‘LVAD’ akan dilakukan tanpa menghentikan jantung dengan menggunakan mesin pintasan jantung – paru-paru ini). Apabila pakar bedah telah memasang alat bantuan ventrikular dengan betul, mesin jantung – paru-paru akan dimatikan dan alat bantuan vebtrikular akan mula bekerja. Peranti ini akan menyokong aliran darah dan mengambil alih fungsi mengepam darah untuk jantung.
 
===SELEPASSelepas===
Jika pesakit mempunyai penyakit jantung yang kritikal sebelum rawatan ‘VAD’, badan pesakit akan menjadi lemah dan paru – paru pesakit mungkin tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, pesakit masih memerlukan ventilator selama beberapa hari selepas pembedahan. Keadaan ini bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri. Apabila pesakit mula bangun daripada pembedahan ‘VAD’, pesakit akan berada di dalam unit penjagaan rapi (ICU). . Pesakit juga mungkin perlu memdapatkan makanan melalui tiub suapan. Pasakit akan diberikan tiub intravena (IV) untuk menyakurkan cecair dan makanan. Pesakit akan mempunyai tiub di dalam pundi kencing untuk mengalirkan air kencingdan satu lagi tiub untuk mengalirkan darah dan cecair dari dada dan jantung pesakit. Selepas beberapa hari, (bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit) pesakitakan dipindahkan ke wad biasa. Jururawat yang berpengalaman dengan ‘VAD’ akan menjaga pesakit tersebut. Pesakit juga boleh mandi seperti biasa dan akan di ajar bagaimana hendak menjaga alat bantuan ventrikular semasa mandi. Di hospital, jururawat dan ahli terapi fizikal akan membantu pesakit untuk meningkatkan kekuatan fizikal secara berperingkat dengan melakukan pelbagai aktiviti.
 
==Siapa yang memerlukan peranti pembantu ventrikal?==